Klik gambar di atas untuk baca entri penyertaan saya.
Masih ingat dengan entri ‘Selamatkan Penyu Laut’ (gambar di atas)? Entri itu
adalah entri penyertaan saya untuk peraduan ‘Live Green’ yang dianjurkan olehWWF-Malaysia bulan lepas. Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh WWF-Malaysia (Mr.
Brandon Liu) dan berita baiknya adalah: Saya menang peraduan itu!

Sebelum itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang membaca entri penyertaan saya sebelum ini. Hadiah yang ditawarkan oleh WWF-Malaysia adalah percutian 3 hari 2 malam pada hujung
minggu ini (13 - 15 Julai 2012), di Setiu Wetlands Terengganu berserta aktiviti
melawat pusat pemeliharaan penyu. Selain itu, bermacam lagi aktiviti menarik juga
disediakan. Info penuh lawatan
istimewa ini seperti berikut:-
Transportation included:
1. Round flight - Subang to Kuala Terengganu/ Kuala
Terengganu- Subang
2. Transportation between Kuala Terengganu to Setiu
Wetlands, Terengganu
3. Transportation between areas in Setiu Wetlands ( for
activities)
Accommodation:
1. 3 days 2 nights TWIN sharing room. Pandan Laut Resort,
Setiu, Terengganu
Venue(s):
1. Subang Airport ( Departure- 13/7/2012 & Arrival-
15/7/2012)
2. Kuala Terengganu Airport ( Arrival- 13/7/2012 &
Departure 15/7/2012)
3. Kampong Mangkok- Setiu, Terengganu
4. PINK House- Setiu, Terengganu 5. Pandan Laut Resort-
Setiu, Terengganu
Activities:
1. Mangrove replanting
2. Banana crisp workshop
3. Traditional kite making workshop
4. A visit to the turtle egg hatchery
5. A visit to the traditional wet market
6. A conservation talk/discussion with WWF-Malaysia &
local community- PEWANIS
7. Beach patrolling
8. Etc- etc.
***
Bagaimanapun, oleh kerana saya terikat dengan komitmen lain yang tidak boleh dielakkan pada hujung minggu ini, maka terlepaslah peluang saya ke Terengganu (ya, memang sayang sangat-sangat!). Oleh itu, ada berita gembira untuk pembaca-pembaca blog conteng2. Saya ingin menawarkan hadiah yang saya menang ini kepada pembaca blog conteng2 yang bertuah.
Saya akan pilih seorang pemenang bertuah pada hari esok (11 Julai 2012) sebelum jam 1 petang. Kemudian, beliau akan dihubungi oleh pihak WWF-Malaysia untuk urusan tempahan tiket dan sebagainya.
Saya agak terkilan sebab tak dapat pergi kerana pengangkutan, penempatan, dan aktiviti-aktiviti semuanya ditanggung dan disediakan oleh WWF-Malaysia. Ini adalah peluang keemasan.
Bagaimanapun, saya akan gembira sekiranya hadiah ini dapat diberikan kepada pembaca blog conteng2. Kepada pembaca bertuah itu, nanti ambil gambar banyak-banyak ok!
Update (11 Julai, 2012): Terima kasih kepada semua yang menghantarkan penyertaan semalam. Hampir 50 orang juga yang mencuba. Pembaca yang terpilih untuk memenangi percutian ke Setiu Wetlands adalah saudara Arasu A/L Uttran. Tahniah! Pastikan kongsi banyak-banyak gambar dengan kami nanti. :)
Nota: Semalam, saya terlupa untuk ucapkan terima kasih kepada WWF Malaysia kerana menganjurkan peraduan 'Live Green' dan memberi peluang melawat Setiu Wetlands, Terengganu. Terima kasih sekali lagi.



nakkk joinnnnnn :D
BalasPadamSeronoknyaaaaa!! Sukaaa!
BalasPadamSaya sudah hantarkan email . Saya HArap, Saya Bertuahh
BalasPadamseronoknya!!
BalasPadamwah... i really need a vacation after kne tinggal dengan family ke pulau kapas. :( wish me one of them!^^
BalasPadamsaya dah hantar emel. harap terpilih, hehe
BalasPadamdh htr email... wish i can win, i already support wwf by contribute money rm72/ month, if i have money more, i definitely contribute more
BalasPadamtq
dekat ngn umh neh....
BalasPadamwah teruja sampai dah berapa kali refresh blog,
BalasPadamnak tgk entry terbaru hehe
email sent!
thank you for the opportunity :)
menarik2!
BalasPadamwahh..really need a vacation after berhempas pulas study..nak release tensionn..suda send..hopefully ada rezeki..amin...:-).tq..
BalasPadamkeciwa..tlambat sejam..isk3
BalasPadamalah :( tenet corrupt semalm xleh nk join dah :(( aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
BalasPadamaiya! tidak bertuah lagi sekali ;(
BalasPadamtahniah mr. arasu a/l uttran!
have fun ^____^
rugi tak pergi Kampung Mangkok! very special place and many things can do there. ade pantai n sungai sebelah- menyebelah je. scenic panorama!
BalasPadamyours truly:
ex-coordinator of PEWANIS