10.7.12

Menangi Peluang Melawat Setiu Wetlands, Terengganu.


Klik gambar di atas untuk baca entri penyertaan saya.

Masih ingat dengan entri ‘Selamatkan Penyu Laut’ (gambar di atas)? Entri itu adalah entri penyertaan saya untuk peraduan ‘Live Green’ yang dianjurkan olehWWF-Malaysia bulan lepasBeberapa hari lepas, saya dihubungi oleh WWF-Malaysia (Mr. Brandon Liu) dan berita baiknya adalah: Saya menang peraduan itu!

Sebelum itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca entri penyertaan saya sebelum ini. Hadiah yang ditawarkan oleh WWF-Malaysia adalah percutian 3 hari 2 malam pada hujung minggu ini (13 - 15 Julai 2012), di Setiu Wetlands Terengganu berserta aktiviti melawat pusat pemeliharaan penyu. Selain itu, bermacam lagi aktiviti menarik juga disediakan. Info penuh lawatan istimewa ini seperti berikut:-

The winner is entitled to bring a guest ( A total of TWO (2) pax including yourself).

Transportation included:
1. Round flight - Subang to Kuala Terengganu/ Kuala Terengganu- Subang
2. Transportation between Kuala Terengganu to Setiu Wetlands, Terengganu
3. Transportation between areas in Setiu Wetlands ( for activities)

Accommodation:
1. 3 days 2 nights TWIN sharing room. Pandan Laut Resort, Setiu, Terengganu

Venue(s):
1. Subang Airport ( Departure- 13/7/2012 & Arrival- 15/7/2012)
2. Kuala Terengganu Airport ( Arrival- 13/7/2012 & Departure 15/7/2012) 
3. Kampong Mangkok- Setiu, Terengganu
4. PINK House- Setiu, Terengganu 5. Pandan Laut Resort- Setiu, Terengganu

Activities:
1. Mangrove replanting
2. Banana crisp workshop
3. Traditional kite making workshop
4. A visit to the turtle egg hatchery
5. A visit to the traditional wet market
6. A conservation talk/discussion with WWF-Malaysia & local community- PEWANIS
7. Beach patrolling
8. Etc- etc.

***

Bagaimanapun, oleh kerana saya terikat dengan komitmen lain yang tidak boleh dielakkan pada hujung minggu ini, maka terlepaslah peluang saya ke Terengganu (ya, memang sayang sangat-sangat!). Oleh itu, ada berita gembira untuk pembaca-pembaca blog conteng2. Saya ingin menawarkan hadiah yang saya menang ini kepada pembaca blog conteng2 yang bertuah.

Saya akan pilih seorang pemenang bertuah pada hari esok (11 Julai 2012) sebelum jam 1 petang. Kemudian, beliau akan dihubungi oleh pihak WWF-Malaysia untuk urusan tempahan tiket dan sebagainya.

Saya agak terkilan sebab tak dapat pergi kerana pengangkutan, penempatan, dan aktiviti-aktiviti semuanya ditanggung dan disediakan oleh WWF-Malaysia. Ini adalah peluang keemasan. 

Bagaimanapun, saya akan gembira sekiranya hadiah ini dapat diberikan kepada pembaca blog conteng2. Kepada pembaca bertuah itu, nanti ambil gambar banyak-banyak ok! 

Update (11 Julai, 2012): Terima kasih kepada semua yang menghantarkan penyertaan semalam. Hampir 50 orang juga yang mencuba. Pembaca yang terpilih untuk memenangi percutian ke Setiu Wetlands adalah saudara Arasu A/L Uttran. Tahniah! Pastikan kongsi banyak-banyak gambar dengan kami nanti. :)

Nota: Semalam, saya terlupa untuk ucapkan terima kasih kepada WWF Malaysia kerana menganjurkan peraduan 'Live Green' dan memberi peluang melawat Setiu Wetlands, Terengganu. Terima kasih sekali lagi.

15 ulasan:

  1. nakkk joinnnnnn :D

    BalasPadam
  2. Seronoknyaaaaa!! Sukaaa!

    BalasPadam
  3. Saya sudah hantarkan email . Saya HArap, Saya Bertuahh

    BalasPadam
  4. wah... i really need a vacation after kne tinggal dengan family ke pulau kapas. :( wish me one of them!^^

    BalasPadam
  5. saya dah hantar emel. harap terpilih, hehe

    BalasPadam
  6. dh htr email... wish i can win, i already support wwf by contribute money rm72/ month, if i have money more, i definitely contribute more

    tq

    BalasPadam
  7. dekat ngn umh neh....

    BalasPadam
  8. wah teruja sampai dah berapa kali refresh blog,
    nak tgk entry terbaru hehe
    email sent!
    thank you for the opportunity :)

    BalasPadam
  9. wahh..really need a vacation after berhempas pulas study..nak release tensionn..suda send..hopefully ada rezeki..amin...:-).tq..

    BalasPadam
  10. keciwa..tlambat sejam..isk3

    BalasPadam
  11. alah :( tenet corrupt semalm xleh nk join dah :(( aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    BalasPadam
  12. aiya! tidak bertuah lagi sekali ;(


    tahniah mr. arasu a/l uttran!
    have fun ^____^

    BalasPadam
  13. rugi tak pergi Kampung Mangkok! very special place and many things can do there. ade pantai n sungai sebelah- menyebelah je. scenic panorama!

    yours truly:
    ex-coordinator of PEWANIS

    BalasPadam