10.6.12

Projek X


Maskot Projek X

Saya sedang menyiapkan contengan-contengan untuk satu projek rahsia. Projek istimewa ini adalah hasil kerjasama antara saya dengan seorang anak Malaysia yang berbakat besar.  

Projek ini bukan projek komik atau buku conteng yang baru. Namun yang pasti, ada banyak contengan saya di dalam projek ini. Temanya juga sedikit berbeza. Saya yakin, hasil projek ini boleh memberi manfaat kepada ramai rakyat Malaysia jika ia digunakan dengan betul. 

Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar. Saya akan beritahu perkembangan selanjutnya tentang Projek X ini di blog dan facebook. Oh ya, sekiranya anda mahu berkerjasama dengan saya, saya alu-alukan, selagi tidak memerlukan saya menyanyi atau menari. Terima kaseh.