16.5.12

Stok Baru Buku Conteng Jimi


Ada berita baik. Saya sudah dapatkan stok baru kedua-dua buku conteng Jimi terus daripada gudang penerbit (PTS). Ini kali ketiga saya mendapatkan stok. Sebelum ini sudah hampir 200 naskhah saya poskan kepada pembeli-pembeli. Malahan, naskhah untuk simpanan saya dan isteri pun kami terpaksa berikan kepada pembeli dahulu sebab tak mahu pembeli tunggu lama untuk saya dapatkan stok yang baru. Terima kasih sangat-sangat untuk sokongan anda.

Saya juga sudah bertanya dengan staf PTS berkenaan stok buku yang masih belum ada di kebanyakan kedai-kedai buku (seperti MPH dan POPULAR). Katanya mereka sedang dalam proses menghantar stok-stok tersebut dan mungkin mengambil sedikit masa kerana pesta buku baru habis.

Atas permintaan ramai di facebook sebelum ini, 'business card' contengconteng juga akan diselitkan sekali dengan setiap pembelian mulai hari ini.