6.5.12

Terima Kasih!


Pagi tadi selesai sudah majlis pelancaran siri buku conteng di pesta buku antarabangsa di PWTC.

Saya ucapkan dahulu terima kasih kepada para editor yang bertungkus lumus (sehingga demam) dalam membuat persiapan. Semuanya berjalan lancar dan baik sekali. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat ditangkap:

Gambaran biasa sepanjang pesta buku berlangsung setiap tahun. Memang penuh dengan pengunjung.

Melihat buku hasil contengan saya duduk semeja dengan karya otai seperti "Kartini Kembali" (oleh Tembakau) membuatkan saya rasa nak menangis. Saya ingat lagi masa kecik-kecik dulu saya suka sangat tiru lukisan Kartini. Cantik ke, tak cantik ke, ibu saya mesti cakap, "Pandainyeeeee abang lukis!"

=)

Isteri saya yang siapkan hadiah dan props yang comel-comel sampai pukul 3 pagi semalam. 

Majlis bermula dalam jam 11 pagi. 

Kemudian disusuli dengan sesi autograf.

(Gambar oleh Komik-M)

Barulah dapat berjumpa buat pertama kali.

Isteri saya pun sempat menconteng. 

Akhir sekali, kepada pemilik pen ini, silalah contact saya. Saya sudah terambil pen anda semasa sibuk beri autograf tadi. Maaf sangat-sangat. Saya rasa ini pen Hakim Molah. Betul tak Hakim?

Juga ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi luangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. Kalau ada salah silap harap maafkan ye. 

InsyaAllah, selepas ini mungkin kita boleh buat event sendiri-sendiri di kalangan pembaca-pembaca blog conteng2 pula?