13.4.12

Penconteng Pelupa


Idea menconteng selalunya datang pada masa yang tidak diundang. Kadangkala semasa tengah mandi, tengah bawak kereta, dan juga semasa sedang melepak-lepak.

Idea yang best pula tak selalu datang. Apabila ada idea yang best datang, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah catatkan idea itu di mana-mana.

Selalunya aku catatkan idea-idea untuk entri blog, buku conteng, dan sebagainya di dalam handphone. Apabila tiba masa untuk menconteng, aku akan semak semula senarai idea.

 Namun, perangai malas kadangkala menguasai diri.

Akibatnya, idea yang best itu hilang begitu sahaja.

Dan hasilnya jauh panggang dari api.

Tamat

***

Game ni best ooo.. Ok maaf lari topik.