
Majlis Pelancaran Siri Buku Conteng oleh PTS POP
Tarikh: 6 Mei, 2012 (Ahad)
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 11.00 - 12.00 tengahari
Dengan rasa penuh gembira, saya ingin menjemput anda ke majlis pelancaran siri 'Buku Conteng' yang akan berlangsung pada 6 Mei, 2012 (Ahad).
Siri 'Buku Conteng' adalah siri terbaru daripada penerbit buku, PTS POP. Di bawah siri ini, dua buah buku conteng sudah diterbitkan, "Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah" dan "Jimi dalam Akibat Jambul Alif" (terima kasih kepada yang sudah mendapatkannya terus daripada saya.)
Di bawah siri yang sama, ada beberapa lagi penulis bakal mengeluarkan 'buku conteng' versi mereka di masa akan datang. Jadi, semasa majlis pelancaran siri buku conteng itu nanti, anda juga boleh lihat teaser watak-watak utama buku conteng mereka.
Saya ada satu lagi berita baik kepada yang merancang untuk pergi ke majlis itu:
Hadiah Buku Nota Mini
Seperti yang saya janjikan sebelum ini di facebook, saya akan buat satu contest mudah. Cara penyertaannya mudah sahaja. Berdasarkan pengalaman menarik anda,
1. Lengkapkan ayat di bawah (tidak melebihi 111 patah perkataan):
Semasa di sekolah rendah, saya selalu...
2. Tuliskan cerita anda itu di ruang komen di bawah entri ini bersama nama penuh anda. Tarikh tutup adalah jam 9 malam, 4 Mei, 2012.
Tiga pemenang bertuah akan saya umumkan di majlis pelancaran nanti. Saya juga sudah siapkan tiga hadiah istimewa untuk pemenang-pemenang:
Jimi dan kucing kesayangannya, Tompok.
Hanya ada tiga unit sahaja di Malaysia (dan seluruh dunia???)
Buku nota mini ini saya contengkan khas sempena majlis pelancaran tersebut. Saya conteng terus di atas buku nota mini tersebut manakala teks pula isteri saya tulis. Saya tak berani tulis kerana tulisan saya TERLALUUULAH cantik. Pensel berwarna warni itu juga akan diberikan sekali percuma.
Baiklah. Saya tak sabar nak pergi majlis pelancaran siri buku conteng nanti. Ini pengalaman pertama saya menghadiri majlis pelancaran buku. Mesti banyak lagi yang saya boleh belajar di sana.
Nampaknya ini juga kali pertama kita berjumpa. Jumpa di PWTC, 6 Mei nanti. =)
Nampaknya ini juga kali pertama kita berjumpa. Jumpa di PWTC, 6 Mei nanti. =)
Nota: Sekiranya ada maklumat tambahan, saya akan maklumkan terus di facebook. Terima kasih.



cool~ ! :D anto komen kat sini? xyah la buat entri kat blog eh =D
BalasPadamTak perlu buat entri di blog. (kalau buat pun apa salahnya sebagai bantuan promosi).
BalasPadamnanti hantarkan ok. terima kasih =)
wah! comel2,tp klau menang, pemenang tu kne tuntut kat PWTC jgk ke?
BalasPadamSemasa di sekolah rendah, saya selalu...
BalasPadamDidenda oleh guru matematik kerana saya tidak suka menyiapkan kerja rumah matematik. Malahan saya tidak suka dengan subjek matematik sehingga sekarang. Bagi saya subjek tersebut sangat menyeksa batin saya. Saya selalu membayangkan digit-digit dan simbol-simbol itu bertukar menjadi raksasa dan menyerang saya dengan ganas dan tanpa belas kasihan. Maka untuk mempertahankan diri dari diserang, saya mencipta alasan demi alasan untuk tidak menyiapkan kerja rumah matematik. Malangnya, cikgu matematik yang garang itu tidak peduli. Beliau tetap akan merotan, mencubit, atau menyuruh saya berdiri di atas kerusi sebagai denda.
(93 patah perkataan)
Salhah binti Md. suhot
Wah x sbr x sbr..slama ni slalu bc dlm diam2 blog ni #jahat2 haha
BalasPadamTulisan bini mmg comel sgt weh!
Kalau xde aral melintang, kompom singgah punyalah! Nama booth nanti, conteng-conteng? =)
Ok, nxt. Sy nak join sapot contest. Kalah menang blkg kira hoho
"Semasa di sekolah rendah, saya selalu beli keropok lekor waktu rehat. Makan maggi kari macam keropok. Main pendekar dengan kekawan dan bawa bekal guna tupperware besar yang sekali boleh letak air. Dulu baik dengan cikgu sebab cikgu suka belanja cucur udang hihi. Pastu rajin cari duit lebih, mak bekalkan kuih koci lebih suruh kongsi dengan kawan-kawan, saya jual 50 sebijik. Esoknya suruh mak buat banyak lagi. Jualan terhenti sebab kantoi. Kesimpulannya, di sekolah rendah, banyak aktiviti saya berkaitan dengan makanan hihi"
nama penuh: Juelina Stanie
Saja mencuba, hehe
BalasPadamNama: Nurul Shafiqah bt. Yassin
Semasa di sekolah rendah, saya selalu membawa dua beg ke sekolah. Beg pertama merupakan beg roda yang mengandungi buku dan beg kedua beg kecil comel yang diisi bekal masakan ibu saya. Saya selalu membawa bekal ke sekolah. Tetapi itu tidak lama, semasa di darjah 3 saya tidak lagi membawa beg roda dan bekal ke sekolah lagi tetapi memakai beg galas yang biasa dan berwajah kartun powerpuff girls.
Di sekolah rendah, saya selalu membawa barang yang besar-besar seperti pensel warna LUNA yang mengandungi 34 batang pensel dan botol air besar sampaikan tidak muat hendak dimasukkan ke dalam beg. Semasa itu, kalau kita membawa barang sekolah yang besar dan cantik, kita selalu akan menjadi popular di kelas dengan gelaran 'anak orang kaya'.
Di sekolah rendah, saya selalu melakukan aktiviti permainan main tiang-tiang, lompat getah, main pijak kasut kawan tetapi untuk menang perlu elak kasut dipijak dan sebagainya pada waktu rehat dan pada waktu pendidikan jasmani. Kami juga lakukan aktiviti ini pada bulan puasa semasa waktu rehat. Selain daripada aktiviti yang memenatkan ini, kami juga lakukan permainan batu seremban, 'can-can camplik' dan permainan penutup botol sebagai aktiviti ringan.
Setiap tahun di sekolah rendah pasti ada latihan menggosok gigi, lawatan oleh Vico atau Milo dan mendapat minuman percuma.
Kini, itu semua tinggal kenangan. Saya kini sudah berada di sekolah menengah dan akan saya ingati peristiwa suka duka apabila berada di sekolah menengah.
eh, terlebih la pula, alahai, tak mengapalah, hehe, maaf Y_____Y
BalasPadamsemasa di sekolah rendah, saya selalu pakai t-shirt dan seluar track dalam baju sekolah (baju kurung) sebab saya suka main dengan budak lelaki di padang.
BalasPadam(hodoh gila, sebab seluar track tu selalu keluar2 kat hujung kaki.. nampak seluar kat bawah kain.. hahaha)
pada waktu rehat saya akan menukar baju untuk main kejar-kejar dan main bola bersama budak lelaki..(tukar baju sebab takut kotor, nanti mak marah)
satu hari, saya kantoi.. cikgu terjah semasa kami bermain bola.. Cikgu mecatit nama kami..
keesokan harinya kami kena denda di depan perhimpunan pagi...
saya satu-satunya budak perempuan yang didenda.. T__T
sejak itu, saya tidak lagi bermain di padang pada waktu rehat.. tapi saya masih pakai t-shirt dan seluar track dalam baju kurung uniform sekolah tu sampai saya darjah 6...(ooh my God.. malunya) hahaha...
Dikarang oleh: NORASILA BINTI KASIM...
hari2 lain abg fadli ada kt booth x sepanjang pesta buku tu?? nak mintak otograf.. hehehe...
BalasPadamNama : Nor Afina bt Zulkfaly
BalasPadamsemasa di sekolah rendah, dalam satu tahun adalah dua atau tiga kali lori milo akan
datang, saya dan rasanya seluruh warga sekolah termasuk cikgu berasa teruja,
selalunya murid-murid akan terkam kan lori itu dulu, tetapi, saya akan terbongkok-bongkok
dielakang kelas untuk mencari botol air mineral yang kosong,apabila beratur saya akan
memberikan botol kosong itu dengan alasan cikgu yang minta. Saya kemudiannya dengan
penuh bangga menunjuk-nunjukkan botol air mineral yang penuh dengan air milo itu
didepan kawan-kawan , saya menjadi hero mereka.haha.Kali seterusnya, kebanyakan kawan-kawan
telah menciplak idea terhebat saya ini, dan cara itu tidak boleh digunakan lagi, rasa menyesal pun
ada, sepatutnya tidak perlu memberitahu mereka, haih =,='
109 perkataan
Saya ada pada 6 mei sempena majlis pelancaran. Tidak hari-hari di booth PTS.
BalasPadamalooo.. baru je nak join.. tapi tak dapat .. :(
BalasPadamaiyookk.. -_-" tadi dah taip.. huhu. connection fail lak. buat balik ah, sy buat entri kat belog je la.. xpekan? nanti sy bagi link =)
BalasPadamBoleh je buat di blog. Nanti hantarkan link di sini ya. Terima kasih.
BalasPadamBrader Fadhli, asignment dah siap ^_^" sudi2 baca nukilan sy ok =) kim salam kat kak ipar.. hehe. InshaAllah, jumpa kat PWTC nanti >_<"
BalasPadamhttp://lensahatinata.blogspot.com/2012/04/contestcontengconteng.html
wah comelnye buku nota..rase mcm nk join.abg mintak visit blog saya n bg pendapt boleh? saya budak baru blajar.tq
BalasPadamSemasa di sekolah rendah, saya selalu ponteng Sekolah Agama di sebelah petang. Bila ibu tanya kenapa saya tak mahu ke sekolah, saya beri alasan sakit perut. Jika Ustaz pulak yang tanya, saya jawab ade latihan sukan di sekolah kebangsaan. Padahal saya nak menonton cerita2 kartun di tv. Dulu best sbb ade Gaban, Suria perkasa hitam, Daddy long legs, Tomato man..ah byk lagilah.Untuk tidak kantoi saya akan meniarap depan tv dengan buku dan pensil di tangan. Kunun2 nak buat kerja sekolah la..hahaha..nakal betul saya.
Semasa di sekolah rendah, saya gemar bermain `game` Western Bar selain daripada `Brick Game`. Saya sangat seronok menembak rakan sekelas dengan menggunakan peluru kertas & gelang getah. Ketika di Tahap Satu, saya gemar dengan permainan `Nama, Negeri, Binatang, Buah, Benda` selain daripada mengumpul koleksi anak patung kertas yang ditandakan pangkah di bahagian belakang kepalanya.Selain permainan tutup botol dan batu seremban, saya juga melibatkan diri dalam permainan Happy Family, Snap serta daun terup tepuk. Ketika Tahap Dua, saya lebih fokus kepada `outdoor games ` seperti guli dan Galah Panjang. Walaupun saya rajin bermain di dalam dan di luar kelas, saya dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru.
BalasPadamnama: norsyuhada rahisam (100 perkataan)
BalasPadamSemasa di sekolah rendah, saya selalu simpan duit syiling yg diberi ibu ke dalam beg duit kecil. selalunya beg duit tu, opah yang bagi dapat dari membeli emas di kedai cina.
kemudian, saya pergi sekolah naik bas. Sebelum naik bas, saya akan berusaha datang awal ke tempat menunggu bas dan menyusun beg sekolah cepat2 di line menyusun beg sekolah supaya dapat naik bas cepat dan dapat tempat duduk.
Akhir sekali, saya wajib membawa sapu tangan ke sekolah dan kegunaanya untuk lap apa2; lap mulut boleh, lap comot2 pun boleh. sapu tangan mestilah yg comel2 dan masukkannya di dalam poket sekolah.
Semasa di sekolah rendah, saya selalu takut nak buat kesalahan sebab mak saya cikgu sekolah tu. Maka, hari-hari saya akan dengar ayat ni, "jangan nak buat malu ibu kat sekolah!" Jadi bila saya ternakal, atau tertaksiap kerja sekolah, cepat aja berita sampai. Balik tu, siap kau! Orang kata, "bestlah kau anak cikgu". Tapi sebenarnya, xbestlah sebab saya macam awak semua. Setiap hari saya tak sabar nak pergi sekolah agama sebab mak saya takde! Saya boleh main batu seremban, main old maid, main snap dalam kelas. Sekian terima kasih.
BalasPadam(85 patah perkataan)
semasa di sekolah rendah,saya ada minatkan seorang budak lelaki yg tua setahun dari sya ,tiap kali waktu rehat sya selalu letakan surat dan bunga ros putih di bawah meja dia ,dalam surat itu diisi seperti ini(hai awak saya suka larr dekat awk saya harap awak pun sukakan saya,) pada suatu hari budak lelaki tu nk tangkap orang yg letak bunga dan surat di bawah meja dia, tiba2 dia nampak sya masuk dlm klas dia lalu dia pun kejarlah sya,sya pun terus melulu ke arah abang sya ,budak laki tu kna mrah dgn abg sya,sya pun ckap budak laki ni kjar sya sbab dia minat sya hehe..
BalasPadam108 patah perkataan ,,
campai skarang org ,gelarkan sya bunga ros putih huhu malu!!!
BalasPadamadoii!! sya x leh g larr majlis pelancaran buku tu ,,kalau mcam tu x leh larr join ni punya segmen yew<<
BalasPadamala contest utk yg pergi aja ke...hmmm sedihnya TT
BalasPadamgua amat suke menconteng...macm nk pergi je
BalasPadamsemasa di sekolah rendah, saya selalu dikejar oleh budak lelaki untuk dibuli...kesiannya, setiap kali jumpa je budak lelaki saya sentiasa dibuli hinggakan suatu hari kawan perempuan saya menjadi "penyelamat" bagi saya kerana pertahankan saya (siap marah lagi dekat budak lelaki tu) dan sehingga kini tiada lagi buli membuli kerana saya kini membuli lelaki sebagai hobi hahaha...
BalasPadamtahniahhhh.... nak buku tuh jugakkk
BalasPadamSemasa di sekolah rendah, saya selalu pandang ke luar tingkap menunggu waktu rehat sesi pertama kerana pada waktu itu kakak saya yang berada di darjah enam akan melalui tingkap kelas saya. Kami akan saling melambai. Kadang-kadang beliau menjadi ahli mesyuarat tingkap. Kadang-kadang beliau menghulurkan duit syiling buat saya belanja makan di sesi kedua nanti. Saya juga selalu tunggu abang saya (darjah lima) untuk lalu di situ, tetapi perkara tersebut sangat jarang berlaku. Apabila adik-adik saya masuk ke sekolah rendah yang sama, saya selalu berkejar ke kantin pada waktu rehat untuk berkongsi bekal makanan lauk ayam goreng yang dibawa oleh emak saya walaupun saya selalu mendapat isi yang melekat di tulang sahaja.
BalasPadam(111 p/p)
- Siti Adrian A.
Semasa di sekolah rendah, saya selalu dikenali sebagai murid yang baik-baik sahaja. Maklumlah, pengawas, selalu dapat tempat pertama dalam kelas pulak tu. Tapi tak bermakna saya tak boleh jadi tak baik. Satu hari saya gaduh dengan sorang budak lelaki. Gaduh lawan-lawan cakap aje. Kemudian dia cabar saya untuk tampar dia. Saya yang memang tengah geram terus lempang dia laju-laju. Dan perasaan lempang orang tu sangatlah syok, tak boleh nak describe. Walaupun lepas tu dia sepak saya balik. Rasa gangster gila lempang budak laki. Hoho. Nasib baik perbalahan tu habis kat situ je. Itulah kali pertama, mungkin yang terakhir, sebab sampai sekarang saya tak pernah lagi lempang orang :)
BalasPadamNurnasuha Mohd Fadzil
BalasPadamSemasa di sekolah rendah,saya selalu membaca buku di perpustakaan sehinggakan sanggup tidak makan semasa rehat.Sekadar coklat yang sempatku jamah.Saya juga terkenal di sekolah kerana menyertai pertandingan menyanyi *perasan sungguh!*.Masih segar lagi dalam ingatan saya semasa saya memasuki pertandingan menyanyi.Saya memakai baju jepun (yukata) memandangkan saya bakal menyanyikan lagu jepun berjudul Mirae-Kiroro.Habis muka saya ditepek bedak setebal entah berapa inci.Semasa malam kebudayaan,saya telah menyanyikan lagu jepun tersebut dan menerima sejambak bunga daripada seorang peminat.Cewah!Tapi sayangnya bunga itu hanya pinjaman semata-mata.Sehingga saat ini budak lelaki itu masih sukakan saya dan semua orang suka pasang-pasangkan saya dengannya >_<
111 p.p
Semasa di sekolah rendah, saya selalu disuruh ayah menolong beliau membaiki kerosakan-kerosakan kecil di rumah seperti menukar lampu,membaiki paip dan lain-lain.Saya juga sering diminta menemani beliau ke bengkel kereta.Pada masa itu saya selalu persoalan kenapa saya yg sering dijadikan sasaran.Apabila dewasa ,telah memiliki kereta sendiri dan tinggal bersendirian,saya mula merasakan pengalaman-pengalaman masa kecil itu membantu saya dalam kehidupan seharian.Saya tahu bagaimana menukar lampu sendiri,membaiki paip yang bocor dan mengesan masalah-masalah kereta.Terima kasih Ayah!
BalasPadam- Maala Muniira Abdullah -
masa sekolah rendah, aku selalu pelik..terutama darjah enam.
BalasPadamkenapa ramai perempuan tinggi-tinggi.
kenapa ramai perempuan besar-besar.
kenapa ramai lelaki rendah-rendah
kenapa ramai lelaki kecik-kecik
*kruk kruk*
garu kepala
ala 6.mei
BalasPadamdah mula kuliah... tak sempat nk jumpa, borak kat FB je lah
6 MAY 2012 ^_^" im cominggg.. nak signn.. haha =p
BalasPadamalahai...saya di sabah...x dpt la join contest :(
BalasPadamkiutnyer buku conteng2...
BalasPadamjom ke blog makneng..macam2 ada...
Semasa di sekolah rendah, saya selalu menantikan saat habisnya peperiksaan tahunan kerana pasti akan ada pelajar yang membawa permainan-permainan 'legend' seperti Happy Family, Snap, Old Maid dan berbagai lagi. Saya seperti biasa akan membawa ibu kepada permainan 'legend' iaitu JUTARIA. Waktu tu memang tak mampu lagi nak beli Monopoly or Saidina. Jadi Jutaria yang berharga lebih kurang RM 3.50 (kalau tak silap) tetap menjadi pilihan. So, waktu tu kami semua feeling2 nak jadi tokey orang kaya la. Lepas tu boleh plak feeling2 nak membeli semua airport yang ada sebab kalau lagi banyak airport yang dapat di beli lagi banyakla sewa yang kita akan dapat -____-". Sehingga kini, saya masih merindui permainan seperti ini.
BalasPadam-MOHD HANIS BIN ZOLKIPLI-
Semasa di sekolah rendah, saya selalu tulis cerita-cerita yang tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran saya. Masa tu, Buku Latihan 80 sen dan pensel 2B jadi kawan baik saya. Hari-hari dan malam-malam saya merangka perkataan menjadi sebuah ayat lalu menjadi sebuah cerita. Lepas siap satu bab (atau muka surat), kawan-kawan sekelas akan serbu saya sebab nak baca karya saya. Gembira betul saya, sebab kawan-kawan suka cerita yang saya tulis. Mereka kata cerita yang saya tulis bagus. Mereka bagi semangat untuk saya terus menulis sampai hujung nafas saya. Tapi itu dulu, waktu saya di sekolah rendah. Saya sudah tak menulis lagi, tapi impian untuk tulis satu buku lagi tak pernah padam. Tak pernah.
BalasPadam- Nurul Izzaty binti Baharudin :)
Semasa di sekolah rendah dulu, saya selalu mengidamkam beg sekolah yang cantik, botol air yang cantik, cekak rambut yang cantik dan kasut sekolah yang cantik. Walaupun cuma berumur 10 tahun, saya sangat suka kelihatan cantik ke sekolah. Setiap pagi saya akan bangun dan terus mengosok baju sekolah. Sangat kelakar bila saya merasakan diri sangat cantik apabila meletakkan bedak badan johnson and johnson di kulit muka. Ibu cuma membiarkan saya dan akan mengelap sisa bedak berlebihan di muka sebelum ke sekolah. Mungkin ibu lihat wajah saya dah macam hantu cina kot.
BalasPadamHaspalela Saharin
BalasPadamlupa pla nak letak nama
Semasa di sekolah rendah, saya selalu berasa takut untuk pergi ke tandas,kerana tandas di sekolah saya terletak jauh di belakang kantin. Tandas sekolah saya tak ubah seperti rumah hantu kerana terletak berdekatan dengan semak ditambah pula catnya yang pudar serta dinding yang berlumut ketika itu. Saya berasa sangat takut untuk pergi seorang diri. Macam-macam yang saya fikir setiap kali ingin pergi ke tandas seperti jembalang dan raksasa ganas (mungkin raksasa misai ? Hehehe). Semasa saya Darjah 1 Cerdas, saya pernah terkencing didalam seluar ketika di kantin disebabkan saya begitu takut untuk pergi ke tandas. Saya berasa sangat malu dengan kawan-kawan. Selepas kejadian itu, saya lebih berani untuk pergi ke tandas bersama kawan baik saya, Anas dan Farid untuk membuang air kecil bersama-sama. Sehingga sekarang saya berasa menyesal dengan kejadian memalukan tersebut walaupun telah berlaku lebih kurang 10 tahun lepas.
BalasPadam(Mohd Amirul Abd Halim)
Semasa di sekolah rendah, saya selalu beli majalah Asuh dan Tunas Sains. Dua majalah tu memang jadi bahan bacaan setiap bulan. Saya sanggup ikat perut semata-mata nak beli majalah tersebut. Selalu tunggu pelajar yang jual majalah tu datang kelas untuk jual Tunas Sains. Kalau majalah Asuh, mesti kejar cikgu pendidikan islam untuk beli. Bila beli majalah Tunas Sains mesti dapat hadiah macam stiker atau vitamin. Masa tu bila dapat vitamin memang seronok sangat sebab ingatkan vitamin tu barang mahal. Sebab utama beli majalah Tunas Sains pun sebab suka tengok kartun dan info dalam majalah tu pun lain dari lain. Suka beli majalah Asuh pun sebab suka ruangan kisah syaitan mengoda manusia.
BalasPadam(Nabilah Huda Abdul Aziz)
Semasa di sekolah rendah, saya selalu pergi library pada waktu rehat. Saya suka sangat sangat baca buku cerita kanak-kanak yang ilustrasinya menarik dan warna-warni. Bila pinjam buku cerita, saya suka tiru dan lukis balik gambar yang ada dalam buku cerita. Nak beli, tapi tak ada duit. Saya suka tengok Cikgu Zaid melukis kat dinding sekolah. Pernah bila saya masuk pertandingan melukis, cikgu Zaid minta saya bawa 'playwood' untuk dijadikan alas semasa melukis nanti tapi abah belikan saya papan hitam. Masa tu saya sedih sangat tapi sekurang-kurangnya abah dah cuba beli walaupun salah. Abah sentiasa puji walaupun lukisan saya tak cantik sebab abah tahu saya suka melukis! Terima kasih abah.
BalasPadam(Hazrina Hassan)
http://farisyadotbaby.blogspot.com
Semasa di sekolah rendah, saya selalu...bagi makan keropok lekor dekat semut belakang blok sekolah. Waktu rehat, saya dan kawan saya selesai makan nasi lemak dan air sirap kami mesti beli keropok lekor nipis RM1 untuk 10 keping untuk semut belakang blok, yang lebih-lebih tu kami boleh kongsi makan. kami lepak kat belakang blok, pecahkan keropok lekor nipis jadi cebisan kecil lepas tu letak dekat dengan sarang semut. orang kata semut ni kuat, kami buat experiment letak cebisan tu besar sikit, memang semut tu tak larat nak angkat, kami gelak besar sebab dah berjaya buli seekor semut. gelak kami terhenti bila member-member semut yang lain datang untuk membantu :)
BalasPadam-Najaatul-Ahya Binti Abdullah
Semasa di sekolah rendah, saya selalu bawa 'air botol ais'. Iaitu botol air mineral yang diisi dengan air kosong, kemudian disejukbekukan semalaman dalam peti ais. Sebab saya memang gemar minum air sejuk, kalau air kosong yang tak sejuk takmo. Dengan teknik ini, air dalam botol itu akan kekal sejuk sepanjang pagi hinggalah tamat waktu persekolahan.
BalasPadamYang paling tak tahannya, ada saja kawan-kawan sekelas yang tanya,
“Macamana awak masukkan ais besar tu dalam botol...???”
(Nukilan Aneesah binti Satriya)
PON ..PON.. tahu2 tarikh da luput, tapi tgn saja2 gatal nk share .bolehkan...
BalasPadamsbb tahu tak akan menang so letak twitter ok,
twitter.com/nurazrizan
Semasa di sekolah rendah, saya (aku)selalu main ejek-ejek nama bapak lagi cool klau ejek nama atuk. ianya adalah satu kepuasan yg tak terkata . walaupun telah ditegah oleh cikgu yg cute mute, tp aku tetap mneruskan , biase aa bdak2 baru mbesar. MENGEJEK adlh satu kepastian yang harus dilakukan setiap hari .ia menjadi kepelikan klau hari tanpa ejekan. jadi keejekan mesti diutamakan.dari satu perkataan boleh berpecah dan mbentuk pelbagai perkataan yg menjelikkan. seperti aril bin denia ... nama ejekan: roti gardenia, denai , denai dogol (sbb botak), gardenia gebu (coz gemok) dan macm2 ..hahaha...klau bdak tu naik angin satu badan ,ia mbuktikan aku telah berjaya dan berjaya dan terus mbesarkan langkah .lari tak cukup tanah wooooo.... gara2 dikejar .