Pada 24 April 2012 (Selasa) nanti, genaplah dua tahun saya menconteng di blog ini. Pada 24 April itu juga nanti, saya akan buat contest sempena tahun kedua blog conteng².
Sebelum itu, saya mahu imbas beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun kedua ini:-
1. Lebih 1000 buku conteng² terjual:
Saya ingat lagi semasa saya hasilkan buku conteng² edisi pertama, saya print sehelai demi sehelai kertas (menggunakan printer yang sudah berusia hampir 6 tahun.) Saya juga gunakan ink yang original, satu kotak kecil berharga RM112. Selepas print, saya hantarkannya ke kedai buku untuk proses binding. Kemudian, saya dan Sheila bawa dua kotak berisi buku conteng² edisi pertama ke taman KLCC. Kami sama-sama potong stickers dan tampalkannya satu persatu ke atas cover buku conteng² tersebut.
Semasa proses menyiapkan buku conteng² edisi kedua pula, saya ambil keputusan untuk guna khidmat syarikat printing. Saya ingat lagi muka bos syarikat printing tersebut yang berkerut-kerut apabila saya terangkan hasrat saya mahu print 500 naskhah buku dan jualnya sendiri di blog.
Selepas habis 500 naskhah terjual, saya datang sekali lagi ke syarikat itu. Saya ingat lagi beliau cakap, "Sudah habis jual 500? Honestly the first time you came here, I ingat you gila la." Kemudian, kami duduk sama-sama. Saya ajar dia buat blog, dia pula ajar tentang tips berniaga.
Penat? Ya. Kerja gila? Ya. Nak buat lagi? Tak sabar!
2. Buku nota diterbitkan:
Kepuasan sebenar menyiapkan projek buku nota ini datang apabila ramai pembeli yang berkongsi contengan mereka. Semuanya kreatif-kreatif belaka. Ada yang jadikannya sebagai wedding planner, diari, buku kelas mandarin, buku design, "best of 2012", buku kata-kata semangat dan bermacam lagi. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi berkongsi. Saya dapat banyak ilham daripada perkongsian anda. Rasa penat memandu kereta dan mengambil stok buku nota di tengah-tengah malam juga hilang dah!
3. Buku conteng Jimi diterbitkan:
Inilah hasil kerja berpasukan antara saya, isteri, editor-editor, dan ramai lagi. Sepanjang projek buku conteng Jimi, kami sentiasa berkongsi idea dan pendapat berkenaan konsep dan jalan cerita yang sesuai untuk Jimi dan rakan-rakannya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Saya dengar cerita, stok buku conteng Jimi belum turun dari lori untuk masuk gudang lagi, editor-editor sudah mahu ambil sebab tak sabar nak tengok hasilnya. Syabas saya ucapkan kepada team PTS yang memang ceria dan penuh dengan idea-idea yang menarik.
Bukan kerana mereka belanja saya makan di Secret Recipe lagi. Bukan sebab itu saya puji. Betul.
Doakanlah ada sambungan kepada cerita buku conteng Jimi. Saya masih belum puas bereksperimen dan meneroka dunia Jimi dan rakan-rakannya. Banyak lagi idea yang masih berlegar-legar dalam kepala saya ni. Kalau tidak dikeluarkan nanti, saya boleh kemurungan. Haha.
Ok serius. Jangan biarkan saya kemurungan. =|
***
Baiklah itu sahaja setakat ini. 24 April, 2012 nanti, saya akan buat contest berkenaan kedua-dua buku conteng Jimi. Jika anda masih belum memilikinya, bolehlah
klik sini untuk membuat pesanan.
Nantikan malam
24 April, 2012 (Selasa). Terima kasih.
yeahh, tahniah! :D
BalasPadamtak sabar nk tggu contest! :D
Can't wait ! ><
BalasPadamtahniah. kamu memang hebat.
BalasPadamTerima kasih. Nantikan 24 April. =)
BalasPadamwahhh... macam menarik je kan..
BalasPadamtapi saya tiada di Malaysia masa tu..
lepas balik semula baru saya baca okay...
p/s: draft entri untuk buku jimi tu missing in action... huhuhu... terselit mana tah... nak buat entri baru, tiada ilham pula... sob sob~
dekat kedai kedai buku ada jual x? ka jual on9 ja
BalasPadamAMALINA YAAKUB - buku conteng Jimi ada di kedai2 buku.
BalasPadamserius hebat bro..tahniah n gud luck eh!
BalasPadaminsyaAllah bila buku jimi tu kuar nanti gua akan beli! hehehe
Terima kasih. Kalau nak beli di Pesta Buku nanti pun boleh.
BalasPadamtahniah. teruskan usaha. tak sabar juga nak tunggu 24hb nanti
BalasPadamAlhamdulillah :D tahniah, tapi nanti Uncle Fadhli akan jualkan tak di pesta buku PWTC nanti? :3
BalasPadamYESSS !! dah kluar =p tapi kan.. versi yg tampal sendiri tu yg terbaek.. hehe. baru real dr tgn owner.. hihi. x sabar nk beli =) btw, gudluck bro !
BalasPadamInsyaAllah saya ada di pesta buku untuk book launch dan book signing. Datanglah nanti =)
BalasPadamtaniah ^_^ teringin juga nak beli buku conteng2 ni..
BalasPadamtahniah ye sbb berjaya gapai impian >,<
BalasPadameinz -Hai einz. Terima kasih. Banyak lagi perlu dikejar. Jemput datang pesta buku nanti. =)
BalasPadamtahniahlah! aku baca blog kau 2 tahun dulu... dah maju bertapak2 dah kau skrg!
BalasPadamp/s aku pembeli conteng2 juga! hahaha
tahniah...
BalasPadamsemoga dipermudahkan perjalanan dalam bidang ini...
Juga moga-moga murah rezeki hendaknta...
en Fadhli
BalasPadamsaya suka kamu..hahaha
terinspirasi dengan semangat lu bro...
BalasPadammoga dipermudahkan segala ...
LIKE!
alahaiiiiiii..sekejap je dh 2 tahun ye!
BalasPadamingat lg mula2 beli buku conteng edisi pertama tu..pastu kedua pulak pastu contest pastu buku nota..mmg tak sangka perjalan yg begitu sekejap rupanya...
tahniah :)
BalasPadamawk buktinya org melayu pon boleh buat :)
sbb susah nak jumpa komik melayu mcm ni ada kat pasaran
Terima kasih sangat2 kerana menyokong selama ini.
BalasPadamschaze zainn - cuba lihat komik-komik terbitan Komik-M. banyak yang best2!
makin power CC. tahniah. walaupun saya tak beli buku CC, tp insyaallah, saya beli nanti
BalasPadamwahhh contest lagi ^^b
BalasPadam@Abang Zam - terima kasih. di kedai buku ada, nak beli terus daripada saya pun boleh.
BalasPadam@Wani Ibrahim - Nantikannya =)
TAHNIAH abg Fadhli!usaha yg berhasil,impian yg tertunai akhirnya..saya tengok pun seronok! :D
BalasPadamklau saya jadi abg fadhli,saya akan nangis dgn semua kejayaan tu..huhu..
*serius*
jgn la bukak contest tu lagi,saya nak beli dua2 buku jimi tu masa pesta buku nanti..hehe
My friend gave me Buku Conteng2 as my birthday gift. Awesome yo! :D
BalasPadam~cik haZz~ - hadiahnya bukan buku conteng Jimi. Hadiah lain. Unik. =)
BalasPadamAimi Juon - tahniah! kawan anda hebat! =P
aku dah dapat buku tu. Lama dah sampai. Cuma aku je yang tak balik rumah. Nanti aku review aa..
BalasPadamtitan - ok. Nanti share entri link di facebook conteng2. terima kasih.
BalasPadamwow very inspiring nyewww..kagum2
BalasPadamada nampak projeksenifarah.. whoa!!! suka! tq n keep moving fwd ye conteng2..
BalasPadam1 kawan tweet saya : thx ye farah sbb knlkan contengconteng...
heeeee :D
All the best, aku pun dah beli buku jimi. terbaik!
BalasPadamhehe menarik gak sejarah buku conteng2 nie.. betol ke dulu print sendiri pakai printer rumah jer? memang dashyat laa camtue, haha.. siyes aku kagum
BalasPadamkalo bleh sharekan cerita yang lebih detail lagi, aku suke sangat success stories nie, especially kalo yang start dari takde apa2.. :D
tahniah.. hehe jeles pun adeer senanye
waaa!! thniah!
BalasPadamada nama izzah terselit kat pic tu..hahaha..
BalasPadam