Lagu Tema: Menceceh Bujang Lapok - P. Ramlee
Khas kepada anda yang sudah mengikuti blog saya semenjak Hari Pertama, kepada anda yang sentiasa memberikan sokongan serta kata-kata semangat, dan kepada anda yang sudi singgah di blog comot saya ini, saya persembahkan:-

Info Buku
#1: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah (ISBN-13: 978-967-410-075-9)
#2: Jimi Dalam Akibat Jambul Alif (ISBN-13: 978-967-410-088-9)
#2: Jimi Dalam Akibat Jambul Alif (ISBN-13: 978-967-410-088-9)
Harga: RM12.90 senaskhah
Penerbit: PTS POP Sdn Bhd

Buku Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah dan Jimi Dalam Akibat Jambul Alif ini adalah dua buku pertama hasil tulisan dan contengan saya yang kini berada di pasaran kedai-kedai buku kegemaran anda di seluruh Malaysia (POPULAR, MPH, dan sebagainya). Kedua-duanya diterbitkan oleh penerbit buku dikenali ramai, PTS.
Saya mendapat tawaran menulis oleh PTS selepas seorang pembaca berkongsi blog conteng2 dengan seorang editor di sana. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Atas jasa baik beliau dan anda semua yang membaca blog ini, salah satu impian saya semasa kecil dulu sudah pun tercapai.
Saya mendapat tawaran menulis oleh PTS selepas seorang pembaca berkongsi blog conteng2 dengan seorang editor di sana. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Atas jasa baik beliau dan anda semua yang membaca blog ini, salah satu impian saya semasa kecil dulu sudah pun tercapai.

Sinopsis
Kedua-dua buku ini menceritakan tentang Jimi, seorang pelajar lemah yang berimpian memiliki basikal idamannya. Ayahnya berjanji akan membelikan sebuah basikal sekiranya beliau berjaya mendapatkan 5A di dalam peperiksaannya.
Beliau tekad. Beliau perlu bersaing dengan kembarnya, Mimi yang lebih pandai dan banyak kelebihan berbandingnya. Nasib baik Jimi ada kawan-kawan baik, Ganesh dan Jason yang sering membantu.
Namun, di sekolah, Alif yang selalu dengki sering mengganggunya. Bukan itu sahaja, di sekolah juga ada Raksasa Misai!
Siapakah Raksasa Misai? Apakah yang terjadi antara Jimi dan Alif? Dapatkah Jimi memiliki basikal idamannya? Apakah yang beliau lakukan bagi mencapai impiannya?
Contoh-contoh Muka Surat
Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, kedua-dua buku ini ada banyak contengan. Saya gunakan pen, pensel, dan pemadam sahaja. Harap-harap anda suka. =)

Dedikasi

Antara buku-buku lain terbitan PTS. Dapatkannya juga di kedai-kedai buku berdekatan.
Terima kasih kepada PTS kerana memberikan peluang dan ruang kepada penulis penconteng underdog seperti saya untuk berkongsi hasil kerja saya di luar sana.
Terima kasih juga kepada keluarga, isteri, editor-editor, designer-designer, dan semua yang terlibat dari A - Z dalam pembikinan buku ini (juga kepada anda kerana mengundi untuk design kulit buku di facebook tempoh hari). Anda semua memang ohsem!
Ini adalah percubaan pertama saya di luar sana. Doakan semuanya berjalan lancar.
50 Pembeli Terawal
Buat masa ini, saya juga akan menjual kedua-dua buku ini kepada 50 pembeli terawal.Oleh kerana kedua-dua buku ini adalah sebuah cerita yang bersambung, saya akan jual kedua-duanya sekali dalam satu tempahan. Ini bermakna, dalam satu tempahan yang anda hantar, anda akan mendapat:
1 naskhah buku Raksasa Misai + 1 naskhah buku Jambul Alif
(dan saya akan sign kedua-dua buku atas permintaan)

UPDATE (30 Mac, 2012): Tempahan ditutup. 100 naskhah terawal kedua-dua buku conteng Jimi sudah pun habis ditempah dalam masa sehari. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 50 pembeli terawal.
UPDATE (2 April, 2012): Disebabkan oleh permintaan awal yang sangat menggalakkan (dan rasa bersalah pulak bila ada yang cari di kedai buku tetapi belum ada), saya buka kembali tempahan. Saya akan dapatkan beberapa lagi naskhah kedua-dua buku conteng Jimi. Jika anda berminat mendapatkannya terus daripada saya, sila hantarkan maklumat berikut ke contengconteng@yahoo.com:-
Kod Item: Raksasa Misai & Jambul Alif
Nama Penerima:
Alamat Pos:
No. Tel:
Saya akan emelkan nombor akaun dan prosedur pembayaran selepas tempahan formal dihantar.
Kepada pembeli regular (pernah beli sebelum ini), anda boleh terus buat pembayaran tanpa perlu hantarkan lagi maklumat di atas (sekiranya tiada perubahan). Kemudian terus beritahu saya seperti biasa. Terima kasih.
***
Kalau boleh, hebah-hebahkanlah juga dengan kawan-kawan dan saudara mara di facebook tentang kewujudan buku-buku ini. Saya hargai sangat-sangat-sangat bantuan promosi anda itu.


Nice2!!! Akhirnya ade jugak buku ala2 Ape dah yg english tu. Buku ala2 conteng2 jugak dan dijadikan filem tu. aiseh, lupe.
BalasPadamtahniah! tercapai juga cita2 kamu. :D
BalasPadamTahniah :DD
BalasPadamSaya pun tumpang seronok.
diary of wimpy kid?
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak. =)
BalasPadamDiary of Wimpy Kid memang salah satu sumber ilham. =)
tahniah! saya dah agak lama meninggalkan dunia blog, tiba2 saya dapati fadhli sudah jauh melangkah!! saya tumpang bangga :)
BalasPadammangosteenskin - terima kasih banyak2. Masih percubaan pertama . =)
BalasPadambuku mesti beli. the indie who go mainstream. ko ni yuna komik la..ahaks.
BalasPadamtahniah.
pra review aku.keh keh.
BalasPadamhttp://kuehbakar.blogspot.com/2011/12/conteng-conteng.html
memang ohsem! ^_^
BalasPadamtahniah dah berjaya siapkan buku ni.
BalasPadamya Allah cantiknya lukisan tu....geram tengok
BalasPadamTahniah! :D Mesti serononk ni baca2 time ada masa lapang, nanti
BalasPadamnak beli
Saya mahu beli juga!
BalasPadampjoeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee, so happy for you!! yay!!! :))
BalasPadamthanks!!!
BalasPadamTahniah empunya Conteng conteng..
BalasPadamdan saya jeles.. hahaha..
baiklah.... saya akan berusaha dengan lebih lagi..
hua hua hua
Aujinz - selamat berjaya. buatlah sikit contengan kemudian hantarkan manuskrip kepada penerbit buku. =)
BalasPadamalaa org trlmbattt..dah bis ke En. C²...?
BalasPadamdah terlambatt .. T_T
BalasPadamtakpelah, beli kat kedai buku la nnti :D
Stok awal 100 naskhah je yang habis. Di kedai2 buku baru masuk. :)
BalasPadamwahhhhhhhh! comel gila buku ni! ok. mesti letak dlm list. must buy! ^^
BalasPadamKedai buku mana ada jual?
BalasPadamhuhu, penulis PTS rupenye penulis blog nie.. penah tersinggah kat blog sorang lagi, penulis jugak, tapi tatau dah ape name blog dia.. huhu..
BalasPadambtw, comel kartun tue..
Tahniah En. Fadhli!! nanti saya roger2 kt MPH hehe..ahaa..btw, Digi Woww Awards 2012 dah nak stat..try la sekali lagi hehe..
BalasPadamaku dah email. Hehe..
BalasPadamnaiss!! best kan kalau akan datang siri Jimi ni jadi di animekan pulak mcm kartun Kampung Boy heheh..
BalasPadam@Tun Bobo - seperti mana sebelum ni Tun Bobo doakan ada buku contengan sy di kedai buku, saya anggap komen itu doa juga. Amin!
BalasPadamtahniah!nak beli jugak..harap2 buku ni sampai perlis
BalasPadamsaya dah email order...
BalasPadamhopefully ada lagi.. (..*)Y
Saya dah reply semua order. Terima kasih. =)
BalasPadambestnya buku ni! cantik pulak tu lukisan. weeee.. semua ni nostalgia!
BalasPadamNour Eyza - terima kasih. dapatkannya ya. =)
BalasPadammacam best je..nak beli la..
BalasPadamAlaa best nya kalau dapat. Err kat kedai popular ada tak jual? :O
BalasPadambantal pensel tu!!! dulu selalu suruh mak beli.tapi mak tak bagi.wuwu T.T
BalasPadamBaru beli minggu lepas. Jenuh jugak menjajau mencari sekitar Batu Pahat. (Kat Popular ada banyak buku dari PTS tapi sebab tak ingat tajuk, cari guna nama penulis langsung tak jumpa.)
BalasPadamMula-mula nampak cuma jumpa Jambul Alif je. Aik? Mana buku 1? Cari punya cari, rupanya ada kat rak lain.... Beli dua-dua. Habis cerita.
Kalau ada lagi siri Jimi uar-uarkan laa lagi ye? :3
mau bli hee tpi tgu anak besar sikit...setakat ni bli mjalh asuh, sains, kuntum majlh pendidikan..buku2..sok ebsar dok sy beli byk2 sgt sb dah prepared awal2 bulu2 utk dia.
BalasPadamthnks bro..semoga berjaya dlm bidang penulisan..
Dah beli dah dua2 buku ni ... Best sangat2
BalasPadamohsem.. tapi saya masih tiada keluaran kedua-dua komik. masih boleh saya perolehnya lagi ?
BalasPadamohsem.. tapi saya masih tiada keluaran kedua-dua komik. masih boleh saya perolehnya lagi ?
BalasPadamStok masih ada. Nanti boleh hantarkan order. Terima kasih :)
BalasPadammaknanya sehingga saat ini, masih ada stok lagi kah? boleh saya dapatkan bil & tandatangan saudara pen'conteng' sekali?? :-)
BalasPadam