5.3.12

Binatang Berbulu (Bahagian Akhir)


Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian Akhir

Selepas kejadian itu, aku tunjukkan labah-labah itu kepada ibu yang berada di dapur. Mula-mula ibu aku diam dan angguk-angguk sahaja mendengar cerita aku. Beberapa jam selepas kejadian itu, barulah ibu buka cerita.

Sebenarnya ibu aku jumpa labah-labah plastik itu bersepah di dapur. Kemudian ibu aku nak baling kat aku tetapi menatang itu tersekat pula di atas langsir, kemudian jatuh perlahan ke atas kepala aku. Ibu kata dia ketawa terbahak-bahak di dapur seorang diri melihat reaksi aku.