(Entri ini adalah sambungan daripada entri "Tawaran Menulis Buku.")
Buku pertama pun belum keluar kedai buku, sudah ada buku kedua?
Begini ceritanya. Manuskrip yang saya hantar sebelum ini terlalu panjang (terlebih semangat menconteng agaknya), jadi editor-editor (Cik Mirae dan Cik RNR) cadangkan supaya dipecahkan cerita itu kepada dua buku. Saya anggap ini rezeki. Alhamdulillah.
Tugas saya sekarang adalah menambah lebih kurang 60 muka surat lagi untuk buku kedua. Kalau saya siapkan 2 muka surat setiap hari, rasanya sebulan sudah selesai? Mesti cik-cik editor sedang tersenyum baca statement berani mati saya ini.
Tugas saya sekarang adalah menambah lebih kurang 60 muka surat lagi untuk buku kedua. Kalau saya siapkan 2 muka surat setiap hari, rasanya sebulan sudah selesai? Mesti cik-cik editor sedang tersenyum baca statement berani mati saya ini.
Perjumpaan dengan editor-editor. Sila fokus bulatan merah, ada air untuk penulis!
Rancangan asal mahu terbitkan buku pertama awal tahun ini, tetapi disebabkan buku kedua baru 50% siap, takut pembaca yang sudah baca buku pertama kena tunggu lama pula untuk buku kedua muncul di pasaran. Jadi, kami bersetuju untuk tunggu sekurang-kurangnya buku kedua sudah siap 90% barulah diterbitkan buku pertama dan kemudian sambungannya.
Sepanjang proses menyiapkan manuskrip, semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin kerana saya dan editor-editor selalu berkomunikasi melalui emel dan telefon. Jadi idea-idea atau isu-isu yang timbul dapat diperbincangkan dan diselesaikan bersama-sama.

Meja editor yang sudah penuh dipenuhkan lagi dengan buku nota oleh saya. Hehe.
Bukan itu sahaja, saya sempat juga jual buku nota kepada beberapa staf PTS (terasa macam makcik tengah jual karipap dekat ofis pun ada). 16 naskhah semuanya terjual. Ada juga penyokong blog conteng² di PTS rupanya. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mirae dan Cik RNR yang tolong sediakan senarai nama.
Bukan itu sahaja, saya juga sempat ambil autograf mereka menggunakan buku nota saya sendiri! Klik gambar-gambar di bawah untuk lihat contengan mereka:-
Terasa macam mimpi. Dua tahun lepas, saya ambil pensel dan conteng gambar lencana sekolah rendah saya di atas sticky note. Hari ini, saya pula kumpul contengan mereka yang kreatif dan pemberi inspirasi.
Hidup mesti usaha, hormat, dan hargai. Baiklah jumpa lagi, saya nak terus bermimpi.
ZzZzz..
Terasa macam mimpi. Dua tahun lepas, saya ambil pensel dan conteng gambar lencana sekolah rendah saya di atas sticky note. Hari ini, saya pula kumpul contengan mereka yang kreatif dan pemberi inspirasi.
Hidup mesti usaha, hormat, dan hargai. Baiklah jumpa lagi, saya nak terus bermimpi.
ZzZzz..
Bersambung...























23 KOMEN:
tahniah tahniah!all the best Fad. ;)
Assalamualaikum...
alhamdulillah,sudah rezeki gitu...hehehe...
tak sabar nak beliiiiii
tahniah ^^
yeay pjoey!congrats and all the best :)
yang gambar ni, sapa belah kanan tu? http://2.bp.blogspot.com/-fWOIHIakack/TyleVtz5fKI/AAAAAAAADqo/0fnrx6iTC3w/s1600/contengconteng+oleh+semua1c.jpg saja nk tahu :D
btw, tahniah fad! ^_^
tahniah bro... rezeki jangan ditolak..... semoga lebih sukses....
tahniah.
tahniah2
boleh ke saya nak kerja melukis kartun jugak? nak kena buang kerja dah ni.......
autograph abg alif firdaus pun dapat..! saya suka dia dari dulu lagi.kalau jumpa dia kirim salam dgn lafaz assalamualaikum kat dia tau.
Terima kasih semua!
Syat0za Zai - yang ada kartun tu Alif Firdaus Aziz. Pekomik dan penulis yang sangat berbakat.
jo - Janganlah sampai kena buang kerja...Buatlah kartun dah hantarkan manuskrip. Bermula sebagai sampingan pun apa salahnya.
N.A.Z - Saya pun!!!! InsyaAllah saya sampaikan.
waahh..nak beli nanti..both of it =)
congrats congratss guys
tahniah2! anda inspirasi saya..
tahniah.. terus berkarya.. XD
tahniah! selamat maju jaya! :D
sy setuju...anda salah satu inspirasi ramai pelukis amatur lain..macam saya...
btw, ive done my first conteng2 dalam buku nota tu
http://sitiwaznahnaan.blogspot.com/2012/02/139-mau-jadi-hebat.html
hahaha ada kodomo lion la
waz - terima kasih!
tahniah :) aii,kalo sempat kuar sebelum hujg bulan 3 leh guna baucer buku beli,ada 3 keping tak guna lgi nih..heheh..
waahhh.. congratz bro... hehe.. suke2.. i loike..
di pts ya?
:D
Catat Ulasan
TERIMA KASIH