7.2.12

Misi 2012


Sekejap dah masuk bulan Februari. Masa berlalu terlalu pantas sampai aku tak sempat nak senaraikan apakah antara misi aku tahun ini. Tahun ini, aku ada dua misi:-

1. Siapkan tesis
Selepas dapat degree dua tahun lepas, aku teruskan perjalanan yang sunyi lagi berlalang sebagai seorang pelajar. Harap-harap tahun ini bolehlah selesaikan penulisan tesis. Lepas tu jalan berlalang yang mana nak ditebas, aku tak pasti lagi.

2. Siapkan tiga buku
Ada tiga buku yang aku harap dapat diterbitkan tahun ini. Selain dua buku bakal terbitan PTS, harap-harap juga  hujung tahun ini dapatlah aku terbitkan buku conteng² edisi ketiga pula secara indie.

Kedua-dua misi di atas memerlukan perahan otak kiri dan kanan. Aku juga dipaksa keluar daripada comfort zone. Semua ini bukannya mudah, tetapi aku bersyukur dengan ruang dan peluang yang diberikan. Maju terus!

"You think this is just another day in your life. It's not just another day. It's the one day that's given to you: today. It's given to you. It's a gift. It's the only gift that you have right now, and the only appropriate response is gratefulness." - Anonymous