8.2.12

Buku Nota Percuma



Adakah anda sedang/akan menganjurkan contest di blog anda?
Bulan lepas saya dapat emel daripada seorang pembaca yang bertanya sama ada saya boleh menaja hadiah atau sejumlah wang untuk contest yang sedang berlangsung di blog beliau:-


Saya pun bersetuju untuk menaja buku nota. Lagipun saya rasa hadiah sebuah buku nota itu lebih bernilai berbanding kalau saya hanya taja RM15 untuk pemenang.

Sepanjang urusan saya dengan beliau, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi, saya ingin buka tawaran tajaan buku nota percuma ini kepada anda juga.

Apa yang saya tawarkan:-
Sebuah buku nota percuma. Jika jumlah penyertaan contest anjuran anda melebihi 20 penyertaan, saya bersedia menaja sebanyak 2 buah buku nota. Tawaran dibuka sehingga 31 Mac, 2012 sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan:-
1. Hantarkan emel bertajuk "Buku Nota Percuma" ke contengconteng@yahoo.com
2. Di dalam emel berkenaan, ceritakan secara ringkas tentang contest yang anda sedang/akan anjurkan di blog anda.
3. Setelah mencapai kata sepakat, saya akan poskan hadiah buku nota percuma itu kepada pemenang contest anjuran anda. Kos penghantaran juga percuma.

Itu sahaja. Apa-apapun, seperti biasa, kita sentiasa boleh berbincang melalui emel. Saya akan beritahu sebarang perkembangan lanjut di facebook conteng².

Have fun!

UPDATE! Berikut pula senarai contest yang sudah mendapat tajaan:-