27.2.12

Binatang Berbulu


Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian Akhir

Dulu masa tadika suka main patung.

Orang lain mungkin hanya nampak dua patung yang tidak bernyawa, tetapi aku nampak sebuah pertarungan epik yang sedang berlangsung di antara ninja turtle dan robocop. 

Sedang aku leka bermain, aku tak sedar sebenarnya ada satu perkara yang lebih epik akan berlaku pada aku pada hari itu. 

Tanpa tanda amaran, ada satu makhluk berbulu jatuh tepat di atas kepala aku. Bila aku sedar menatang itu adalah labah-labah sebesar tapak tangan, 

aku menjerit seperti belum pernah menjerit. Satu bunyi pun tak keluar.

Bersambung ke bahagian kedua.