6.12.11

Tawaran Menulis Buku


Beberapa bulan lepas, saya mendapat tawaran menulis buku oleh sebuah penerbit buku yang dikenali ramai, PTS. Hmm.. rasanya perkataan 'menconteng buku' mungkin lebih sesuai digunakan.

Antara buku-buku dan komik-komik terbitan PTS

Kalau nak disenaraikan jumlah dan jenis buku yang sudah diterbitkan oleh PTS mungkin akan menyebabkan saya terpaksa menaip terlalu lama sehingga tercabut sebiji lagi keypad laptop saya ini. Jadi kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang PTS, sila klik sini.

Selepas mendapat emel tawaran berkerjasama, saya dan isteri pun berjumpa dengan dua orang editor, Cik Rashiela Nurain dan Cik Amirah Hassan. Perjumpaan dilakukan pada pagi Sabtu yang hening lagi suci. Kedai belum buka pun kami sudah sampai.

Pertemuan pertama editor-editor PTS dengan penulis blog yang sangatlah naif

Semuanya nampak bersemangat kerana sarapan pagi itu dibelanja oleh saya. Okey tipu, editor-editor PTS yang belanja sebenarnya.

Berita dikongsi dengan pantas di facebook conteng²

Ini bermaksud, berkat doa semua penyokong blog ini, insyaAllah buku hasil 'contengan' saya bakal masuk pasaran kedai-kedai buku terpilih di seluruh dunia. Eh terlebih pulak. Seluruh Malaysia! Setakat ini, boleh dikatakan proses menyiapkan manuskrip dan membuat suntingan sudah 50% - 60% siap.

Projek terbaru ini mengekalkan konsep contengan yang segar dan selamba, sama seperti buku conteng² edisi pertama dan kedua yang saya hasilkan secara indie.

Ini beberapa sedutan daripada manuskrip yang sudah dihantar bagi proses suntingan:-

Buku ini ada contengan,

dan lebih banyak contengan,

dan lebih lebih lebih banyak contengan!

Ada banyak lagi info tentang projek ini yang belum saya terangkan seperti apakah tajuk buku, sinopsis, tarikh penjualan, kedai mana yang menjual, dan pengalaman sepanjang berkerjasama dengan penerbit buku yang besar. Saya akan kongsi lebih banyak info dan gambar-gambar dari masa ke semasa di facebook dan blog.

Saya harap berita ini adalah berita baik untuk semua penyokong blog ini. Doakan projek ini berjalan lancar ya. Amin.

Bersambung di entri "Tawaran Menulis Buku Kedua".

51 KOMEN:

nitestalker berkata...

congrats bro.... semoga menjadi projek ni...

IMFARAH AS berkata...

tahniah en. fadhli! :)

Latifah berkata...

Tahniah tahniah tahniah!
Alhamdulillah~~~
:)

nizamsani berkata...

hebat.

Kimmie berkata...

tahniah...makin maju...bagus2.

Abang Zam berkata...

bagus abang! bagus!

yong berkata...

wah!! bagus abang!bagus!

FEEQRY berkata...

Tahniah, tuan! ^___^

lynnaiza berkata...

tahniah! ;)

cikpia berkata...

tahniah... rezeki tahun baru 2012......?? (yang sampai awal)

thisisaina berkata...

sekadar teguran tatabahasa : dari semasa ke semasa / dari masa ke masa .
bukannya dari masa ke semasa

tfa_purpleclover berkata...

bila tengok manuskrip tu, tetibe terasa macam baca karya LAT pulak. tapi both pon best!! keep it up bro!

contengconteng berkata...

Terima kasih =)

Tuan Muda Afif Imran berkata...

nice! smart :)
good luck bro!

nazha anua berkata...

minat betul dengan kamu bro..huhu

♥CIK SHA♥ berkata...

alhamdulillah..rezeki selepas kawen..tahniah fadhli!

Aie Isa berkata...

Tahniah!

Saya mesti beli!

Lady Windsor berkata...

Jadinya contengconteng sudah maju setapak lagi...tahniah! Harap tidak berhenti conteng di kertas lusuh atau sticker...

akuHans berkata...

congratz bro... seriously karya-karya segar mcm ni boleh pg jauh...insyaAllah..

Syat0za Zai berkata...

go conteng2 go! :D

aMy berkata...

tahniah bro !! cepat cepat hasil kan buku . . then dah siap inform eh !! nak beli ! ;)

Zulfikar Hazri berkata...

hebat lah.. tahniah!

idea semulajadi berkata...

nak beli nak beli~~

HK berkata...

wow..tahniah! :D

wani brahim berkata...

congrats...semoga semuanya success dengan jayanya..Aminnn

KimiChee berkata...

Tahniah :) Moga terus maju jaya and may Allah bless ;)

Akhelaken berkata...

wow.. bestnye, tahniah2..

EZAN IDMA berkata...

saya support awk!

Aujinz berkata...

sokong sokong... huhuhuhu.. blog jgn lupa apdet... :D

Nur Fatin Nabila Zeeyan berkata...

Tahniah, nak beli ^^

♛ NazirahMoktar ♛ berkata...

tahniah..tak sabar nak beli.. :)

wani berkata...

wow! awesome!cant wait to have your another masterpiece! congrates bro! (:

cimOt berkata...

oh tahniah laaa!!
agak2 dapat diskaun tak tuk saye??kikikiki

farah_areRa berkata...

mcam komik LAT! tahniah bro :)

Nur Syaza Aiman berkata...

semoga berjaya ya! Sy tunggu buku awak :D

waz berkata...

*guling2 kerana jeles*
eeeee besttnyaaaa :D :D :D tahniah encik! rezeki berumahtangga :)

Fiza A berkata...

wah! congrats bro! support!! :D

cEro berkata...

waaahhh!!!! bestnya!!!

Kasmawati Jaafar berkata...

wah! budak berbakat semakin tunjuk taring! jgn risau, saya selalu di belakang kamu!

kueh bakar berkata...

good luck!

najwa aminah abas berkata...

amin, duit royalti, boleh buat belanja aku.

zainab_baniaz berkata...

a'salam

Fuyohh!! tahniah!

parejazz berkata...

tahniah!! :)

contengconteng berkata...

Terima kasih banyak-banyak!

Azimiza berkata...

Tahniah..Setapak melangkah baju

Tun Bobo berkata...

waah!!.. jangan lupe buat sesi bertemu peminat dan sign autograph hehe..saya ngan Amy dengan tak malunye akan datang heheh!

linda berkata...

waahh tahniah.... nanti boleh jadik mcm penulis buku whimpy kid... n then tak lama buleh wat muvee.... i like!!!!

miera myrofa berkata...

wooow...congratz!!
x sbr nak tggu bku ni kluar :))

mamimo ♥ berkata...

tahniah! congrats! :)

Syarafi[skyforce331] berkata...

tahniah yer...semoga berjayaa...doakan terbaik untuk kamu..memang sesuai untuk kamu :)

noora berkata...

congrats pjoe!!aku tunggu buku kau nnt!hehe..congrats2!!so happy for u:)

Catat Ulasan

TERIMA KASIH

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...