10.12.11

Selepas SPM


Tag nama yang masih disimpan 

Selepas tamat SPM, aku bekerja part time di restoran piza sementara menunggu keputusan keluar.

Gaji yang ditawarkan adalah seperti di atas.

Jumlah jam bekerja setiap hari pula tak menentu. Selalunya seperti di atas.

Restoran itu dibahagikan kepada beberapa section. Setiap pekerja pula ditugaskan menjaga section-section berlainan. Hari ini jaga section A, esok lusa mungkin jaga section C pula. Setiap pekerja juga akan bertanggungjawab dengan section yang dijaga.

Pada suatu hari, seorang pelanggan lari (makan dan blah tanpa bayar) dari section jagaan aku. Masa tu aku tak perasan sebab aku tengah layan customer di section lain.

Ini bermakna aku kena bayar jumlah makanan yang dipesan customer yang lari pada hari itu. Jumlahnya seperti di atas.

1 jam bekerja dapat RM3.50. Pada hari tersebut aku bekerja 7 jam. Setelah membuat kira-kira, maka jumlah gaji aku pada hari tersebut adalah sebanyak:-

Maknanya pada hari tersebut, aku bukan sahaja bekerja secara percuma, tetapi kena bayar 50 sen untuk bekerja 7 jam. 

***

Mr. X: Hang pi layan customer section len buat pa. 
Aku: Habis tu customer tu dah panggil-panggil aku. Takkan aku nak buat bodow pulok.