16.11.11

10 000 Interpretasi: Pemenangnya adalah...


Sebelum itu, terima kasih kepada semua yang menghantar entri penyertaan bagi peraduan '10 000 Interpretasi'.

Semakin banyak entri penyertaan yang masuk, semakin banyak pula entri yang saya rasa layak menang. Oleh itu, saya terpaksa menukar sedikit cara pemilihan pemenang.

Daripada 35 entri penyertaan, saya telah memilih tiga entri terbaik. Kemudian, seorang pemenang dipilih secara rawak daripada tiga entri tersebut. Tiga entri yang terpilih untuk cabutan adalah:-

1. "Wajah Sungul" - delaposyen.
...lihatlah selipar yang buruk,
selekeh lagi murah,
sebahagian dirinya tetap dibawa pergi... (Baca entri penuh)

2. "Ingin Ku Gapai langit Nan Biru Itu" - faaeinz.
..."Adikkk!" Semakin kuat teriak si ayah. Sedang leka mencari. Sesuatu jatuh di atas kepala si ayah...(Baca entri penuh)

3. "Cliche Hidup" - iftullanam.
...Ada yang usaha kuat, tak sembang kencang
Ada pula yang lagak tin kosong
Yang terlangkup, ditimpa rintis air hujan
Bila mentari terbit, hilanglah suara
Itulah hidup... (Baca entri penuh)

Setelah melakukan cabutan daripada tiga entri di atas, pemenangnya adalah...



Seperti dijanjikan, hadiahnya adalah kertas contengan asal saya yang sudah dibingkaikan.

Sebenarnya inspirasi untuk lukisan belon, budak, dan kucing terbang itu datang selepas saya bawa anak-anak sepupu bermain layang-layang (mereka pernah tolong semasa pembikinan buku conteng2 edisi kedua juga).

Opppss nanti kejap. Belum habis lagi. Saya juga ada beritahu di facebook conteng2 yang saya ada suprise kan? Kepada semua yang menghantar entri penyertaan, tidak kiralah menang atau tidak, anda akan mendapat hadiah juga:-

Setiap penyertaan akan mendapat sekeping penanda buku Kucing the Cat. Warna juga akan pilih secara rawak. Saya akan hantar mesej di ruang komen entri penyertaan anda dalam masa terdekat. 

Nota: Terima kasih kepada Sheila kerana bagi idea untuk berikan hadiah penanda buku dan kerana tolong siapkannya. 

36 ulasan:

  1. tahniah kpd pemenang!!

    BalasPadam
  2. tahniah kpd pemenang. ^^

    BalasPadam
  3. tahniah kpd pemenang. walaupun x menang dpt bookmark :)

    BalasPadam
  4. tahniah kepada pemenang :D

    BalasPadam
  5. deng! kalah! huh!
    gua mohon hakim ditukar!
    kah kah kah

    tahniah kepada pemenang

    BalasPadam
  6. comel !

    tahniah semua~~

    BalasPadam
  7. tahniah!!

    tu tmn metropolitan kepong!!
    huuuuu..lama da xpegi men layang2 kat situ..

    BalasPadam
  8. congratulations semua!!!

    BalasPadam
  9. yeay,,,bile semua dapat hadiah,,xrase mcm ada yang kalah..hee..tqvm en fadhli and puan sheila

    BalasPadam
  10. yeay...
    dapat penanda buku..
    thks...
    hehe...

    BalasPadam
  11. UNTUNGLAAA depaaa.. wah.
    caongrat yaw!!!

    BalasPadam
  12. Thaniah kepada yg menang :D

    BalasPadam
  13. saya sedih kerana mendapat penanda buku yang super cute tu. lain kali mesti sertai! ^.^

    tahniah pemenang dan peserta serta penganjur! :)

    BalasPadam
  14. tidak terkilan dengan keputusan dek semuanya hamba kira memang hebat bila jari mula mengatur bicara hati

    BalasPadam
  15. baut byk2 peraduan lagi. boleh join dan cuba smpai menang! tahniah pemenang :)

    BalasPadam
  16. yeyeh!dapat penanda buku!!(sambil lompat-lompat keriangan)

    BalasPadam
  17. woooo~..penanda buku pon ok! tq...=D

    congratz to delaposyen/witch?...heee =)

    BalasPadam
  18. tahniah kepada saye,
    dapat penanda buku ;)
    mcm tau2 je suka baca buku hehe

    mekaseh en fadhli + pn sheila!

    and congrats to all ^____^

    BalasPadam
  19. Sama-sama. Tak sabar nak poskan!

    BalasPadam
  20. tahniah kat sumer org sebab dpt adiah..=D..

    (tq kat orang yang bg adiah~..=D)...

    BalasPadam
  21. ewah2..tahniah kpd penenang :)

    BalasPadam
  22. kucing the cat,

    anda agak seksi..
    di contengan akhir sekali.
    ish xmalu..

    BalasPadam
  23. woah ha dapat peluk kucing the cat nanti :)
    tahniah pada pemenang dan terima kasih inche fadhli.

    tapi.. kalau dapat smarties jugak lagi syok ni. hehe

    BalasPadam
  24. wah!! rase nak nangis.. loncat2! waaahhhh tak sangke nye...

    time kaseh conteng2..! excited.. time kaseh sume..!
    huhuhu

    p/s : kwn kate typo.. sptutnye sugul..:)hehe

    BalasPadam
  25. witch - Tahniah. Takpe typo masih boleh dimaafkan. Nanti saya poskan hadiah ye. =)

    BalasPadam
  26. tahniah kepada pemenang..

    tahniah juga buat diri sendiri dapat antara 3 entri yang terpilih tu.. hehehe.. ;p

    adoi.. rasa cam tak caya walaupun tak menang.. tapi.. camne lah terpilih antara yang terbaik tu.. hehehe..

    ok.. bersiap sedia menerima penanda itu.. tak sabar ni.. hahaha..

    thanks Incek Fadhli.. ^^,

    BalasPadam
  27. Wah... Terima kasih dan tahniah buat pemenang...^^

    BalasPadam
  28. aduhhh.. rugi tak masuk.. huhuhuhu =(

    BalasPadam
  29. Takpe nanti saya buat lagi. (tapi lama lagi la kut)

    BalasPadam
  30. betul2 rugi tak dapat join. mcm mana la boleh terlepas pula ni padahal sudah prepare huhu.

    http://namikpasha.blogspot.com/2011/11/adaptasi-sudah-terlewat.html

    BalasPadam
  31. Waah semuanya bertuah. Dapat hadiah comel yang tak ada dijual dikedai macam tu.. ;)

    BalasPadam