16.11.11

10 000 Interpretasi: Pemenangnya adalah...


Sebelum itu, terima kasih kepada semua yang menghantar entri penyertaan bagi peraduan '10 000 Interpretasi'.

Semakin banyak entri penyertaan yang masuk, semakin banyak pula entri yang saya rasa layak menang. Oleh itu, saya terpaksa menukar sedikit cara pemilihan pemenang.

Daripada 35 entri penyertaan, saya telah memilih tiga entri terbaik. Kemudian, seorang pemenang dipilih secara rawak daripada tiga entri tersebut. Tiga entri yang terpilih untuk cabutan adalah:-

1. "Wajah Sungul" - delaposyen.
...lihatlah selipar yang buruk,
selekeh lagi murah,
sebahagian dirinya tetap dibawa pergi... (Baca entri penuh)

2. "Ingin Ku Gapai langit Nan Biru Itu" - faaeinz.
..."Adikkk!" Semakin kuat teriak si ayah. Sedang leka mencari. Sesuatu jatuh di atas kepala si ayah...(Baca entri penuh)

3. "Cliche Hidup" - iftullanam.
...Ada yang usaha kuat, tak sembang kencang
Ada pula yang lagak tin kosong
Yang terlangkup, ditimpa rintis air hujan
Bila mentari terbit, hilanglah suara
Itulah hidup... (Baca entri penuh)

Setelah melakukan cabutan daripada tiga entri di atas, pemenangnya adalah...



Seperti dijanjikan, hadiahnya adalah kertas contengan asal saya yang sudah dibingkaikan.

Sebenarnya inspirasi untuk lukisan belon, budak, dan kucing terbang itu datang selepas saya bawa anak-anak sepupu bermain layang-layang (mereka pernah tolong semasa pembikinan buku conteng2 edisi kedua juga).

Opppss nanti kejap. Belum habis lagi. Saya juga ada beritahu di facebook conteng2 yang saya ada suprise kan? Kepada semua yang menghantar entri penyertaan, tidak kiralah menang atau tidak, anda akan mendapat hadiah juga:-

Setiap penyertaan akan mendapat sekeping penanda buku Kucing the Cat. Warna juga akan pilih secara rawak. Saya akan hantar mesej di ruang komen entri penyertaan anda dalam masa terdekat. 

Nota: Terima kasih kepada Sheila kerana bagi idea untuk berikan hadiah penanda buku dan kerana tolong siapkannya.