14.10.11

Sebelum SPM


Sebulan sebelum SPM, aku dan kawan selalu buat soal sesi jawab semasa membuat ulangkaji. Aku tanya soalan, dia jawab. Kemudian dia tanya soalan, aku pula jawab. Dua-dua menang, dua-dua gembira.


Aku juga meriahkan meja aku dengan nota-nota semangat, gambar-gambar keluarga, dan jadual sebagai peringatan dan sumber inspirasi. Untuk jadual, aku lebihkan masa ulangkaji untuk subjek-subjek lemah.

Ada orang yang terus give up dengan subjek yang dia lemah sebab asyik dapat C atau D. JANGAN give up. Aku dulu  Add Math 30-40 je markah tapi SPM dapat A. Ingat, standard pemarkahan untuk setiap subjek berubah-berubah. Usaha lagi, jangan give up.


Setengah jam sebelum masuk dewan peperiksaan, aku elakkan dari berbincang dengan kawan. Aku lagi rela tak tahu langsung pasal topik itu daripada tahu seminit sebelum jawab kertas dan topik itu keluar. Errr masuk akal tak?

Nota: Kepada semua yang akan mengambil SPM, good luck. Ok gi sambung belajar. Aku nak gi keluar dengan bini tengok movie jap. Bye. Du du du.