31.10.11

10 000 Interpretasi


Terkini (12 November 2011): Terima kasih semua. Peraduan sudah ditutup. Keputusan akan diberitahu pada 10 malam,  16 November, 2011 (Rabu). Nantikan, ada suprise Rabu ini!


(Coldplay - Life in Technicolor II)
Pertama sekali, terima kasih untuk 10 000 'likes' di facebook conteng². Sebagai tanda terima kasih, saya nak buat satu peraduan menulis paling senang dalam dunia.

Cara Penyertaan:-
Langkah 1: Buat satu entri blog. Tajuknya bebas mengikut kemahuan anda.
Langkah 2: Letakkan gambar di atas di dalam entri berkenaan.
Langkah 3: Linkkan gambar di atas ke www.contengconteng.com
Langkah 4: Kemudian, tuliskan interpretasi anda berdasarkan gambar di atas.
Langkah 5: Hantarkan link entri penyertaaan anda itu ke ruang komen di bawah.

Info Penting:-
1. Tarikh tutup penyertaan: 11 malam, 12 November, 2011 (Sabtu).
2. Anda boleh tambah video, lukisan, dan sebagainya untuk membuatkan entri penyertaan anda lebih menarik dan kreatif. Jangan stres. Suka-suka saja.
3. Kalau tak letak apa-apa gambar tak semestinya tak menarik, asalkan penulisan kemas.
4. Nak buat cerita kelakar boleh, marah boleh, sedih campur gembira pun boooleh.
5. Syarat-syarat penyertaan mungkin ditambah mengikut kesesuaian.
6. Entri paling menarik dan kemas akan dipilih sebagai pemenang.

Baiklah. Apakah hadiahnya?
Hadiahnya adalah lukisan saya yang sudah dibingkaikan (dan beberapa hadiah misteri). Kalau ada kesan comot pensel warna atau pemadam tu harap dimaafkanlah ye.

Isteri saya, Sheila sudah tolong bungkuskan. Tak sabar nak hantar kepada pemenang.

Itu sahaja setakat ini. Sila like facebook conteng² untuk perkembangan lanjut dan pengumuman pemenang. Saya yakin pembaca blog ini semuanya kreatif-kreatif belaka. Tak sabar nak baca. Selamat berjaya!

Terkini (12 November 2011): Terima kasih semua. Peraduan sudah ditutup. Keputusan akan diberitahu pada 10 malam,  16 November, 2011 (Rabu). Nantikan, ada suprise Rabu ini!