6.9.11

Terlalu Banyak Berfikir


(Sambungan daripada entri sebelum)

Lepas balik dari US pertengahan 2009, aku sertai satu program berkenaan bidang yang aku ambil. Ada lebih 40 peserta rasanya yang masuk. Kebanyakannya baru habis belajar peringkat ijazah.

Dalam salah satu aktiviti, seorang guru menyuruh kami semua melukis. Katanya dalam setiap lukisan tersirat 'perasaan' si pelukis jadi beliau mahu cuba 'menterjemahkan'nya. Ini hasil contengan aku:-


Semasa menterjemah hasil contengan aku, beliau cakap aku seorang yang terlalu banyak berfikir. Katanya lagi aku perlu tenang dan selesaikan semua masalah satu persatu, barulah perjalanan aku akan lebih jelas.

Hmm..entahlah.. Sebenarnya aku cuba lukis gambar Kuala Lumpur je..