12.9.11

Sonny


Masa aku duduk asrama dulu, aku ada walkman (hadiah dapat 7A PMR).

Kalau nak rewind kaset, aku masukkan pensel dalam lubang kaset. Kemudian, aku pusingkan laju-laju macam helikopter. Kenapa? Sebab nak jimat bateri.

Kalau bateri habis pulak, aku jemur bateri tu tepi tingkap. Berderet-deret tersusun. Kononnya bateri-bateri tu boleh dapat tenaga solar daripada cahaya matahari.

Pada suatu hari, selepas balik sembahyang jumaat, walkman itu hilang. Entah siapalah curi. 

Dah tujuh tahun berlalu. Kepada pencuri walkman itu, jika anda membaca entri ini, sila pulangkan semula walkman itu ke alamat No. 39/5A, Jalan Bestari Jaya, Taman Best.. Ok aku gurau. Aku dah lama halalkan pun.