22.9.11

Setengah Jam Sebelum UPSR


Setengah jam sebelum UPSR bermula, kami semua diminta berkumpul di dalam sebuah kelas kosong. Sementara itu, cikgu kami sibuk menyusun kertas-kertas peperiksaan di atas meja di dalam kelas.

Aku ingat lagi masa tu aku duduk sebelah seorang kawan. Masing-masing takut dan gelabah. Kami takut kalau soalan peperiksaan terlalu susah dan kami jadi 'blur'. 

Kami pun ambil keputusan untuk berdoa. Masa tu kami berdua fikir macam manalah nak bagi doa kami mujarab. 

Entah macam mana boleh dapat idea untuk "bergabung". Mungkin sebab banyak sangat baca komik Dragon Ball. Kononnya bila kami bergabung tangan, doa kami boleh jadi lebih kuat. Alahai innocentnya masa tu.

Hmm..Entah sampai bilalah UPSR akan kekal pun kita tak tahu. Satu hari nanti perkataan 'UPSR' juga akan tinggal menjadi kenangan.

Nota: Kepada semua yang baru lepas ambil UPSR, kami semua "bergabung" mendoakan kejayaan kamu!