27.9.11

#SayaGenerasi


Entri ini didekasikan khas kepada mereka di bawah dan kepada semua pembaca yang mempunyai pengalaman yang sama. Terima kasih untuk inspirasi contengan. Selamat membaca!

1. Captain Planet
Selain Suria Baja Hitam, Captain Planet jugak antara kartun kegemaran aku dulu. Sampai sekarang melekat lagi lagu tema Captain Planet dalam kepala otak aku. Sebenarnya banyak jugak aku belajar bahasa inggeris melalui rancangan macam ni. 

Hmm... Agak-agak Captain Planet boleh lawan Dorapowoluang Man tak?


2. Sengkuang Kacang
Sengkuang + sos + kacang = sodap mak aihhhhhhh takyah cerita panjang. 


3. Permainan Pepsi Cola
Permainan ni memerlukan kita pijak kasut kawan. Siapa yang berjaya pijak semua kasut kawan dialah pemenang. Selalunya kasut sekolah boleh jadi kasut hitam terus lepas main Pepsi Cola ni. 

Eh kejap, celah mana datang perkataan 'pepsi', 'cola', 'proton saga' semua ni? Siapa ada idea?


4. Permainan Penutup Botol
Selain permainan penutup botol, aku jugak suka main kad tepuk dan pemadam.


5. Game Snake Nokia 3310
Aku ingat lagi, aku selalu main game snake ni masa form 2. Pinjam handphone kawan je. Masa tu handphone Nokia 3310 ni memang canggih-manggih dah. Aku main sampai penuh skrin. Yeah!


6. Buku Pengembaraan
Aku tak selalu baca buku-buku R. L. Stine tapi aku selalu baca buku versi Bahasa Melayu. Aku tak beberapa ingat tajuk bukunya. Selalunya buku macam ni cerita pasal perlumbaan, pengembaraan, dan sebagainyalah yang mencabar. 

Apa istimewanya buku-buku macam ni? Plot ceritanya pembaca yang pilih. Selepas baca satu mukasurat, kita akan pilih hala tuju ceritanya. Samaada gembira atau tragik bergantung kepada pilihan kita. 


7. Permainan Cop Tiang
Empat orang akan pegang tiang. Seorang duduk tengah. Setiap 10 saat keempat-empat penjaga tiang tu kena tukar tiang. Pada masa yang sama pemain yang duduk macam batu di tengah kena rebut salah satu tiang. Macam tu lah ulang-ulang. Bila baju dah jadi macam kain buruk basah, barulah berhenti main. 


8. Butang # dan *
Trick ni selalu dipraktikkan oleh budak-budak asrama. Aku pun tak tahulah betul ke tak berkesan..


9. Gagak dan Air
Cerita gagak dan air ni antara cerita pendek yang paling aku ingat sampai sekarang. Ringkas je ceritanya. Gagak yang haus jumpa botol air. Paruhnya tak sampai jadi dimasukkan batu-batu kecil satu-persatu ke dalam botol itu. Lepas tu dapatlah gagak tu minum. 


10. Trek Longkang
Permainan kereta Tamiya memang popular dulu. Aku selalu main dalam longkang je tak payah pakai trek pun. Syiok!

***

Kita semua dilahirkan dalam generasi yang berbeza-beza. Setiap satu ada kenangan-kenangan yang tersendiri. Kongsilah di ruang komen di bawah. Kalau ada Twitter, jangan lupa kongsi di #SayaGenerasi juga. Jumpa lagi!