17.9.11

Jam 'Boy London'


Masa sekolah rendah dulu, ada trend pakai jam tangan jenama 'Boy London'. Murah je sebenarnya jam ni kalau beli di pasar malam. Apa yang istimewa dengan jam 'Boy London' ni adalah kebolehannya bertukar-tukar warna.

Kalau tak silap aku jam ni bertukar warna mengikut suhu. Kadang-kadang tukar warna hijau, kadang-kadang boleh tukar warna coklat. Kalau nak tengok jam ni bertukar warna biru, aku akan letak di tempat yang sejuk.

Tanyalah sesiapa yang ada jam ni dulu, mesti pernah letak dalam peti sejuk.

Letaklah dalam 10 minit lepas tu aku boleh jamin jam tu akan bertukar warna biru. Bagaimanapun, aku juga boleh jamin kalau selalu sangat buat macam ni, memang jam tu akan rosak. Lagi-lagi kalau beli yang pasar malam punya. Satu lagi pasal jam ni..