3.9.11

Aku Tak Pernah Menang Pertandingan Mewarna


Sebelum raya hari tu ada seorang pembaca (cikgu rasanya) hantar emel kat aku mintak tolong buat satu lukisan bertemakan "Kitar Semula". Katanya dia nak anjurkan pertandingan mewarna untuk budak-budak pra-sekolah dan pendidikan khas.

Kebetulan aku ada masa lapang masa tu jadi aku pun bersetuju. (Lagipun aku tak pernah menang pertandingan mewarna, jadi dapat buat lukisan untuk pertandingan mewarna pun jaaaaadilah.)


Aku pun mulalah menconteng. Mula-mula untuk lakaran pertama aku kononnya nak buat 'mendalammmm' sikit maksudnya, siap ada awan serap asap dari kilang-kilang dan hujankan kotoran-kotoran plastik, kaca, kertas dan sebagainya ke laut di mana ikan-ikan semuanya mati tertimbul-timbul di atas permukaan air.

Tapi lepas aku tunjukkan lukisan yang mendalammmm maksudnya tu kat Sheila (isteri), ini responnya:-

"Apa ni?"

Lagi MENDALAMMMM respon dia rupanya. Aku cuba terangkan apa yang aku cuba sampaikan dengan lukisan tu tapi dia jawab:-

"Takut diorang tak faham. Buat je la macam yang selalu awak buat."

Lama jugak aku fikir apa maksud 'macam selalu awak buat'. Kemudian Sheila cakap:-

"Simple-simple."

Aku pun conteng atas kertas yang baru:-


Walaupun sangat amatur dan tak seberapa, rasanya lukisan yang ni lebih terang mesejnya, lebih banyak ruang boleh diwarna, dan 'feel'nya lebih positif berbanding lakaran yang pertama. 

Aku pun emelkan lukisan ini kepada cikgu yang nak anjurkan pertandingan mewarna tu. Aku juga mintak tolong cikgu tu ambik gambar aktiviti mewarna tu supaya boleh dikongsi bersama di blog. Ada 50 keping semuanya yang dihantar dan ini sebahagiannya:-

Adik lelaki ni menang kategori pendidikan khas.

Adik perempuan ni pulak menang kategori pra-sekolah.

Terima kasih kepada cikgu berkenaan yang sudi berkongsi gambar-gambar di atas. Aku pulak yang terlebih seronok tengok diorang mewarna beramai-ramai.

Rasanya kali terakhir aku mewarna beramai-ramai dulu masa aku join satu program keusahawanan selepas aku balik dari US tahun 2009. Ini hasilnya:-

Comot. Gila.

Sebenarnya ada cerita menarik di sebalik contengan crayon yang aku buat dulu ni. Nanti aku cerita dalam entri seterusnya!

21 KOMEN:

Syaz Wanie Affandi berkata...

saya selalu menang samaada tempat ke3 atau saguhati..nk dapat johan tu payah..selalu di conquer oleh cine..hehehe..=D dorang power bab2 warna..

Abang Zam berkata...

cantik jam budak lelaki tu

cik chopu berkata...

haha. paling bagus dulu menang nombor 4. tu pun dah tahap bangga gila

-hazen berkata...

cina kaler lawa, aku pun kalah dulu, pernah no tiga jugak.

cina effort lebih, cryon cantik.

Kuronofu91 berkata...

best kan ada budak2 warna lukisan kita??? ha3....

The Sharkox berkata...

aku paling fail dalam bab mengkaler ni. lukis pakai pensel or pen terer, tapi bila bab kaler aku bagi kat mak aku..dia pandai kaler..hahaha


syukur Illustrator boleh autofill kaler..hahaha

Arkzamdarkdeng berkata...

simple dan senang paham..
sememangnya dri conteng conteng...
nice..:)

SLeM berkata...

umur da 20an.Still,aku mewarna cam budak tadika =(

Nafisah Ruslan berkata...

kita pernah dapat hadiah saguhati je.. :)

dya berkata...

kite penah menang..time darjah 3..haha

fndrocka berkata...

aku lagilah..pertandingan mewarna/melukis lagnsung tak pernah masuk,bakat takde.menulis tu adalah masuk jugak

wannurfazrini berkata...

alaaa semua tomei2 nak kaler abg punya lukisan hehehe

si para para berkata...

err tak pernah menang pun...

suka lukisan yang mula mula..
maksud yang mendalam..tapi tak sesuai untuk budak sekolah..hehe

cik marikh berkata...

prnh menang..sagu pon jd lahhh..=p

mozar berkata...

Saya pernah menang peraduan mewarna majalah Bujal dalam tahun 80-an. Dapat no 1 dan no 3 bagi 3 kali penyertaan. Generasi sekarang dah tak jumpa dah majalah tu.

Heidi Shafiq berkata...

penah menang 10 das rotan kat punggung sbb rajin conteng buku latihan bahasa melayu.. haha..

cimOt berkata...

aku penah menang kontes kaler komik kawan dolu2..aku tak reti lukih cam ko..

bigha berkata...

huhu~
mesti best rasanya kan,
org ramai2 warnakan lukisan kita.

hqal_tan berkata...

this is cool bro... nice...

Miz_JJ berkata...

salam... boleh saya ambil lukisan ni untuk aktiviti mewarna bagi anak2 yatim sg.buloh sabtu ini? saya akan letakkan sumber dari blog ni.. boleh?

contengconteng berkata...

Miz_JJ - Boleh. Silalah ambil. Kalau nak fail jpeg (lebih besar dan jelas), boleh emel sy: contengconteng@yahoo.com

Catat Ulasan

TERIMA KASIH

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...