6.7.11

Fixie vs BMX.


Petang tadi aku ternampak satu geng tengah tunggang basikal 'fixie'. Cantik-cantik jugak fixie ni, bermacam-macam warna ada. Merah, biru, hijau, ungu, korang namakan je lah.

Tetapi tahukah anda, lama sebelum kegilaan fixie bermula, budak-budak macam aku dulu pula suka naik basikal BMX! Saiz basikal BMX ni lebih kecil dan comel daripada fixie. Nak beli basikal ni dulu kena kumpul duit raya barulah dapat...

Satu lagi yang best pasal basikal BMX ni, kita boleh pasang batang besi (stunt pegs) dekat bahagian tayar. Bila dah pasang, bolehlah berdiri atas besi tu. 

Kenapa kami penggila BMX suka pasang besi itu? Hmmm... ada la sebabnya. Hee.