29.6.11

Fadhli & Sheila.


Entri ini saya tujukan khas kepada Sheila, kedua-dua belah keluarga, saudara mara, kawan-kawan, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis perkahwinan saya. Tak lupa juga kepada semuaaaaaa pembaca blog conteng2 yang mendoakan kebahagiaan kami. =)

Kepada semua yang like facebook conteng2, mungkin dah tahu yang saya sudah berkahwin dengan Norsheila bt Md Sheh. Mungkin ramai juga yang kenal isteri saya kalau dah baca entri-entri pembikinan buku conteng2 edisi pertama dan kedua dulu sebab Sheila banyak tolong saya masa nak siapkan kedua-dua buku tu. 

Barulah saya tahu debaran masa nak berakad nikah yang selalu orang cakap. Peluh jantan, betina semua keluar. Segala perasaan jugak saya rasa. Gembira, takut, lega, dan bermacam-macam lagi. 

Bila tok kadi genggam tangan, tiba-tiba hilang semua rasa sebelum ni. Tibalah masa untuk melafazkan akad sambil disaksikan oleh saksi-saksi di dalam dewan.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya dan Sheila sah menjadi suami isteri. 

Semoga perjalanan hidup kami dimudahkan dan semakin banyak yang boleh kami kongsi dan belajar sebagai suami isteri. Saya doakan semua pembaca blog ini yang sama juga. Amin!

Nota: Maaf ye sebab sebulan saya 'cuti' sebelum ni. Ambil masa sikit nak sesuaikan diri, nak pindah rumah, nak kemas rumah dan sebagainya. Tapi satu berita baik, saya sudah ada satu 'home studio' saya sendiri. Yahuu bertambah seronok untuk berkerja dan menconteng! Jumpa lagi. =)