3.5.11

Jom Conteng!



Terkini, 15 Mei, 2011: Peraduan ini sudah ditutup. Keputusan pula akan diumumkan pada 10 malam, 24 Mei, 2011. Terima kasih semua!

Sempena tahun pertama blog contengconteng, dengan gembiranya saya ingin mengajak anda semua untuk berkongsi cerita masing-masing pula dalam peraduan pertama blog contengconteng!

CARA-CARA PENYERTAAN:-
1. 'Like' facebook contengconteng untuk mendapatkan perkembangan terkini.
2. Tuliskan tajuk entri: "Jom Conteng!"
3. Ambil gambar di atas (right click, save image as dan upload di dalam entri anda) dan linkkan ke www.contengconteng.com
4. Pilih satu entri dari blog contengconteng (KLIK SINI untuk senarai penuh) dan ceritakan pengalaman versi anda pula dengan cara paling menarik.
5. Kemudian, di dalam entri yang sama, jawab soalan-soalan berikut pula:-

Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? (Contoh: Mug, T-shirt, Kad Ucapan).

6. Dan hantarkan link entri penyertaaan anda itu ke ruang komen di bawah. Selesai.

INFO-INFO PENTING:-
1. Anda boleh menggunakan gambar, video, audio, lukisan, flash, dan sebagainya untuk membuatkan entri penyertaan anda lebih menarik dan kreatif.
2. Tarikh tutup penyertaan: 10 Malam, 15 Mei, 2011.
3. Lima entri paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.
4. Blog contengconteng berhak menambah syarat-syarat mengikut kesesuaian.

HADIAH-HADIAH:-
Tempat Pertama: Buku Conteng² Edisi Pertama dan Kedua + Entri penuh anda akan dikongsi bersama di blog contengconteng.
Tempat Kedua: Buku Conteng² Edisi Pertama dan Kedua.
Tempat Ketiga: Buku Conteng² Edisi Pertama dan Kedua.
Tempat Keempat: Buku Conteng² Edisi Kedua.
Tempat Kelima: Buku Conteng² Edisi Kedua.

Hadiah Misteri: 20 penyertaan terawal akan mendapat hadiah misteri!
Apa lagi, jom conteng!