29.3.11

Buku Conteng Conteng Edisi Kedua: Dah Siap!


KLIK SINI untuk membuat pembelian.

Proses printing buku conteng2 edisi ke-2 sudah selesai! Sekarang ni saya sedang bertungkus lumus membungkus semua buku yang sudah ditempah. Penghantaran pertama pula akan dilakukan pada 4 April, 2011 nanti.

Setakat hari ni, lebih 300 tempahan sudah dibuat dan sebagai tanda terima kasih, saya nak berkongsi beberapa gambar dan cerita sepanjang pembikinan buku kali ini:-

Lokasi: Lebuhraya MRR2, Tesco Ampang.
Inspirasi dan semangat untuk menconteng buku edisi kedua datang selepas saya ternampak satu 'lukisan' awan yang sangat-sangat-sangat cantik.

Pensel warna.
Masa tengah selongkar kotak-kotak dalam bilik, terjumpa pulak kotak pensel warna yang entah berapa lama tak pakai. Terus saya gunakan untuk buku kali ni.

Lobang idong bosau.
Antara komen yang saya selalu dapat untuk buku edisi pertama dulu adalah banyak ruang kosong yang tak digunakan. Jadi untuk buku kali ni, saya cuba tambahkan contengan dan kompakkan saiz buku supaya nampak lebih padat dan penuh.

Dari kiri: Faris (anak saudara), Rafiq (anak saudara), dan Wani (adik).
Buku kali ni juga memerlukan banyak tampalan kertas-kertas berwarna. Terima kasih kepada anak-anak saudara dan adik yang telah dipaksa rela untuk menghulurkan bantuan. Upah setimpal juga sudah diberi.

Hmm..Masa tengah sibuk potong-memotong ni, Faris tiba-tiba bersuara, "Nanti abang Fadhli tolong siapkan komik Faris pulak boleh? Tajuk dia 'Kisah Faris dan Adik Beradik' ".

Sheila (tunang) juga dipaksa rela membantu.
Masa nak siapkan buku edisi pertama dulu pun Sheila tolong. Terima kasih! Love you!

'Komik mini' Kucing the Cat percuma dengan setiap pembelian buku.
Inilah 'hadiah misteri' yang saya cakap di facebook conteng2 minggu lepas. Komik mini ni saya siapkan sementara menunggu kedai printing siapkan buku. 

Komik mini ni akan diberi percuma kepada pembeli yang membuat bayaran sebelum 30 April, 2011 sahaja. Setiap buku conteng2 edisi ke-2 yang dibeli akan dapat satu komik mini ni. Jadi kalau anda beli dua buku conteng2, dapatlah dua komik mini ni.

Bungkusan buku-buku yang sudah siap dicetak oleh kedai printing.
Akhirnya proses printing selesai. Lepas siap proses printing, kena tampal pulak kertas-kertas berwarna yang sudah dipotong sebelum ini.

Fasa terakhir: Menampal dan membungkus.
Banyak kan? 

Terima kasih Google Translate.
Akhir sekali, just a friendly reminder hanya peringatan ramah, kepada yang sudah membuat tempahan awal tetapi belum membuat bayaran, bolehlah mula membuat bayaran mulai sekarang. Jika bayaran boleh dibuat sebelum 4 April, 2011, saya akan hantarkan buku anda pada tarikh tersebut. Terima kasih.

Belum buat tempahan? Boleh KLIK SINI untuk berbuat demikian.

Nota: Nak mintak tolong promote buku ni dengan kawan-kawan di facebook boleh? Terima kasih sekali lagi! =)