21.2.11

3 Jenis Kedai yang Buat Aku Rasa Nak Garu Ketiak.


1. Kedai perabot yang tak bagi duduk kat sofa yang dia nak jual sedangkan orang yang nak beli sofa tu kena la duduk dulu baru tahu sedap ke tak duduk atas sofa tu lagipun ini kan kedai perabot? 

Kenapa la tak letak sofa tu dalam kotak cermin je? 

2. Kedai makan yang dah 10 tahun tak ganti kertas menunya (atau tak sediakan menu terus). 

Kan lagi bagus kalau tak sediakan kerusi sekali. Duduk je atas 'kerusi angin' macam dalam cerita seniman bujang lapok tu. Bila aku tanya "takkan takde menu?", brader tu jawab "alah biasa la bro, ada goreng-goreng, tomyam". Hmm..garu ketiak je la lepas tu.

3. Kedai yang tak tahu pun apa yang dia jual.

Ya, ini kisah benar. Aku takkan lupa kedai sup tu. Jenis kedai nombor satu dengan nombor dua mungkin masih ada alasan-alasan yang munasabah kenapa diorang buat macam tu, tapi yang ni, aku hanya mampu berdoa supaya dibukakan hati abang tu untuk kembali memahami mengapa dia membuka kedai sup pada awalnya. 

Nota: Berminat untuk menempah buku contengconteng edisi ke-2? KLIK SINI untuk info tentang harga, tarikh tempahan boleh mula dibuat, tarikh siap, dan sebagainya.