12.1.11

"Hello, Emak Ada?"


Masa aku tadika dulu, jiran tolong jaga aku sebab ibu aku kerja lagi. Aku panggil jiran aku 'mak' dan 'ayah' je. Aku anggap jiran aku tu macam keluarga angkat dah.

Masa tu, aku selalu cakap dengan kawan, "aku ada dua rumah tau" atau "aku ada dua ayah". Terangkat angkat la kening kawan tu naik hairan.


Tapi kadang kadang aku yang terkonpius sendiri bila ada orang telefon rumah aku:

Makcik A: Hello, Fadhli eh? Mak ada? bagi makcik cakap dengan mak kejap.

Aku: Emak? Emak takde. Emak kat rumah dia. Ibu ada la.