27.12.10

Portable Sauna Rabbit!



Baru baru ni aku terjumpa iklan produk 'Portable Sauna'. Senang cerita kalau malas dan tak ada masa nak pergi sauna atau bersenam, boleh beli produk ni.

Berapa harganya? Hmmm..Ada yang jual dengan harga RM390 sampailah RM660. Ironinya, portable sauna ni termasuk dalam '30 dumb inventions' mengikut life.com..Errr?

Hmm..bila aku tengok produk ni, aku asyik terbayangkan situasi di bawah:

SMACK THAT RM600 WEIRD LOOKING THINGY! BAM! BAM!

Nota: Agak agak kalau pakai dalam LRT, ada orang marah tak?