6.12.10

Kame Hame Ha!


Entri ni aku buat khas untuk kempen 'Berhentikan penderaan kanak kanak' seluruh dunia. Semua orang ada karekter kartun yang dia suka masa kecik kecik dulu. Berikut adalah karekter karekter kartun yang aku ingat sampai sekarang:

DORAEMON
Kelebihan: Pintu sesuka hati, poket serbaguna, dan 1001 mesin magik yang lain.

Seekor kucing robot yang datang dari masa hadapan. Melalui poket 4 dimensinya, sebarang mesin yang tidak masuk akal boleh dikeluarkan untuk membantu Nobita yang 24 jam berhadapan dengan masalah.

Pintu sesuka hati beliau bagus digunakan bila anda ingin melarikan diri dari meeting atau traffic jam yang membosankan dan  muncul di tepi pantai yang tenang lagi nyaman. Lapar? Tiada sandwich untuk buat picnic? Gunakan pula poket serbaguna.

POPO (DRAGON BALL)
Kelebihan: Pandai berkungfu dan muka tiada perasaan.

Seorang watak picisan yang mempunyai raut wajah tidak berperasaan dalam siri manga Dragon Ball. Walaupun picisan, beliaulah yang mengajar Goku teknik 'Super Kamehameha'. Beliau juga pernah mengumpul kesemua 7 biji mutiara naga dalam satu hari sahaja dengan menggunakan karpet terbang. Satu hari!

Kebolehan membuat raut muka tiada perasaan Popo pula bagus digunakan bila bos anda sedang bertanya tentang kerja yang sudah overdue 2 bulan atau ketika anak anda sedang tergolek golek di tengah tengah shopping mall meraung raung meminta anda membeli patung Transformers yang berharga RM350.

WOLVERINE (X-MEN)
Kelebihan: Mengamuk sesuka hati dan cakar besi Adamantium

Seekor mutan yang mempunyai kuasa penyembuhan 1000X lebih hebat dari manusia biasa dan mempunyai tulang besi adamantium.

Tulang besi adamantium wolverine mungkin boleh disalahgunakan sebagai produk skim cepat kaya oleh sesetengah pihak. Namun, kuasa mengamuk tanpa batas wolverine boleh digunakan ketika bos anda secara tiba tiba mempercepatkan dateline kertas kerja 100 helai mukasurat (tidak berkesan jika bos anda adalah Magneto).
KELUANG MAN
Kelebihan: Bersilat dan memberi nasihat.

Seorang pesakit mental di Hospital Mental Tampoi dan berkawan dengan pesakit pesakit mental yang lain. Namun, sebaik sahaja khidmatnya diperlukan, beliau akan menyarung topeng keluang man dan bertindak lincah sebagai seorang hero.

Hmmm..bukankah kita semua juga begitu?


Tetapi, Kalau keempat empat karekter di atas berasimilasi (bergabung badan dan kuasa), maka akan terhasillah satu superhero yang baru iaitu:

Dorapowoluang Man!
Kelebihan: Terlalu banyak.

Dorapowoluang Man merupakan seekor mutan yang pandai bersilat dan kungfu. Beliau merupakan pesakit mental di waktu siang. Bila tiba waktu malam, beliau mula menjalankan tugas menyelamatkan manusia daripada terjerumus dalam skim cepat kaya dengan menggunakan tenaga gelang Adamantium yang membolehkan beliau terbang dan bergerak dengan pantas. Bila di dalam keadaan bahaya, beliau akan membuat muka tiada perasaan dan kadangkala hilang menggunakan pintu sesuka hati.

Itulah antara karekter/hero kartun kegemaran aku dulu. Korang pulak?

60 KOMEN:

sastraboy berkata...

usop sontorian!

khadijah aminah md yusoff berkata...

hahahha!!! susah beno nk sebut tu ha

nurul amira berkata...

oo mr. Dorapowoluang Man amat hensem ^_^
haha besh2..

saya suka ninja boy..ekceli byk ag..hee

SyahmiFikri berkata...

haha.. entry nie sgt comel n semat la..

Mohd Wakiyuddin Rosnan berkata...

haha... smart sey...

amal X icchan berkata...

homai! dorapowoluang man sangat epikk! (walaupun ada unsur2 akan direject oleh studio animasi sebab nama yang mampu membelit lidah kanak2)

kalau saya dash yonkuro la bro conteng2!takpon thundercats! snarf macam kucingthecat! :D

nik ainun berkata...

keluarga Yokies...hehehehehe sgt comel

manggosteen berkata...

kalau Dorapowoluang Man ni wujud memang sume jadi lebih gilo dr kluang man!

Jie berkata...

Dorapowoluang Man

hmm..nama mcm jembalang dlm slot Seram je..haha..
jgn marah..saya suka ultraman Ace..sampai termimpi2 jd boifren tu..ekeke

kluangman berkata...

dorapowoluang man superhero thai ke? haha ;p
cybercops feveret time dulu2.

wannurfazrini berkata...

hahaha terbaik laaa Dorapowoluang Man suka2 dgn kombinasi dia . hehehe

Siti Zafira berkata...

Saya paling suka Keluang Man, Ninja Boy, dan Usop Sontorian. Tiong Man or Samad kawan Keluang Man pun okay apa. Hencem dan kelakar dan kuat jugalah konon-kononnya. Kan kan kan? ^^

Seronok sangat tengok kartun tu sampaikan saya rasa mereka tu betul-betul wujud sebenarnya! Selalu sharing cerita kartun kat sekolah, cerita balik dengan kawan macam "Eh, semalam kau tengok tak Keluang Man. Inspektor Sahab tu sesuka hati dia je nak perli-perli Si Borhan."

Dragon Ball pun saya suka! Hihi. =)

Dulu pernah nangis-nangis tak nak mengaji kat surau sebab nak tengok Dragon Ball. Tambah pulak, sepupu-sepupu lelaki yang masih kecik datang rumah masa tu. Lagilah best kan tengok ramai-ramai.

Tapi masa tak nak pergi mengaji tu, kasi alasan dengan ibu nak makan nasi lemak. Padahal tak nak pun nasi lemak, kih kih. Selagi tak makan, tak nak pergi mengaji. Last-last kena marah, kena paksa masuk kereta, pergi surau terus. Balik-balik je ibu dah masak dan sediakan nasi lemak!

Wuah, terharu!

Atara kenangan terhebat. Dragon Ball punya pasal. ^__^v

FilZah ZayaNah berkata...

eyuw~~mutant!

Hajira Razali berkata...

haha. if ada satu set baju Dorapowoluang Man memang nak beli lahh.

twinkle twinkle berkata...

ahhha terhebat laa :D

syazana berkata...

encik yg kreatif, sy suka ape yg kamu suke & sy sgt jealous! hihiiii...

blog ni sgt best! sy siap promote dlm blog lg.

--> http://budakgomok.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-ini.html

AlexiaAqram berkata...

joe jambul.

;P

Aujinz berkata...

nama dah macam pilipino plak..

karakter katun masa aku kecik..aku suka..errrr..
Gummi Bear.. huhuhuhu

Privacy_Resident berkata...

lengkap ilmu kartun anda. HAHA. Ni mesti jenis yang masa kecik2 dulu bangun pagi tercegat depan TV kan? HAHA

A.D.A.M. berkata...

comel. hahaha. suka semua tu! :)

Hasrol Nizam berkata...

tu dia aih dia punya bidata. pening nak baca.haha

Pendapat anda?
Sakit kepala atau migrain?

cEro berkata...

Aku sentiasa suka power ranger yg first dulu yg robot diorg semua dinosaur bagai yg ada power rangers hijau yg mula2 jahat pstu baik dan main seruling seru keluar dinosaur yg bagak besar gile dan org jahat diorg bernama rita repulsa..hahaha

Muhammad Hanafi B Haron berkata...

doraemon best dowh.kartun spnjg zaman..aq smpai skunk ni suka tgok doraemon..mmg trbaik!!shin chan pn kelako jgk!best sgt2!! http://bit.ly/f3ylxs

Muhammad Hanafi B Haron berkata...

http://bit.ly/f3ylxs

Encik Tikus berkata...

aku suka power ranger mighty morphin punya ! sumpah legend

♥ ciksuehaoi™♥ berkata...

hahaha.
terbaik:)

aisya berkata...

sy suka shinchan lah :D

linda berkata...

TOMATOMAN la best... hehehe sanggup ponteng sekolah agama sebab nak tgk tomatoman...

d.A.o.U.z berkata...

ini terlampau ganas ni.. hahaha.. mesti dia kalah dengan warden hospital mental yang ada kuasa magnet bulan, kn ? hahhahaha..

Cik Wahida Jumaat berkata...

hero kartun...ben10!!!
:)

rossoneri berkata...

doraemon the best

Dasuki D5T7 berkata...

Tomatoman!

Sca Ndx berkata...

wolverine cool transform jadi manusia pelik. =.=.
gua pilih monkey d. luffy

Ikhwan berkata...

kartun disney tetap di hatiku. terutama sekali mickey mouse!

virulent lolita tan benihime berkata...

ahahahhahahahaha

maCy berkata...

sangat suka :D

tumpanglalu berkata...

as salam..

sori mencelah. karakter kegemaran aku adalah Pantro dr ThunderCats. antara sbb kegemaran adalah dia tuan punya dan driver kpd Thundertank yg cool :)

nuyuin berkata...

hahahhaa.....
kame hame ha.! dragonball evolution punyer...
puas pk...
hahahah

mE berkata...

GOKU!!!
Frust menonggeng lebih frust daripada kene reject sebab terMISS siri dia..haha

SailorMOON!!
"Dengan kuasa bulan akan menghukum mu"
ada kuasa ni dapatlah kiranya menghukum bos yang shuke passing keje dia kat staff dan dia bersenang lenang..tak aci..

Usop Sontorian..
Usop dan geng yang cOOL..rasanya dulu-dulu Usop sama level dengan upin ipin (sekarang)....

Power Ranger...
Haha shuke pilih kaler kuning...dulu popular sgt..sekarang je dah 'lost'...

mel berkata...

tetap suka doreamon + dragonball... comel..

NiSA berkata...

sailormoon! hehe

sHeLaBeSh berkata...

cadcaptor sakura !
sbb comey n ade kad2 kuasa..

Dorapowoluang Man! mcm besh. sbb byk kelebihan. tp kompen adik sy yg peminat kartun susah nk nyebut nye.. :)

Sellynna berkata...

hahah nice entry.. ilang stress ari ni..

♥CIK SHA♥ berkata...

Dorapowoluang Man??haha..dah macam nama jawa pun ada..

tat!n berkata...

sailormoon.!!
dragon ball.!!
doremon.!!
hohoi. ;p

Yaa Busuk! berkata...

Bro! blog terbaik!! I spent 2 hours kot kat snie.. ahaha.. dah berminggu2 bro follow sy tp x berminat nk tekan gmbr hurup CC 2 sbb I'm not a reader, I'm a writer.. came across your blog and It's addicting!..

all time fav kartun, shin chan! lol. rotii kejuuu~ terima kasih kerana menceriakan hari sy yg sgt2 dull nie..

Robot | Sakti berkata...

Dorapowoluang Man.

ganas betul gabungan nama-nama mereka.

keh keh keh

:D

Irwan berkata...

aku suka ksatria baja hitam...dan gaban

TunTeja berkata...

Suka detectve conan.boleh?
heee.
jemput singgah http://dyatunteja.blogspot.com/

Jiji-Fify berkata...

thunder thunder thunder catttt!!!! ;D
btw fadhli, i have post a special entry of u. Jemput la tengok. correct me if there's anything incorrect.

http://saatakukaupilih.blogspot.com/2010/12/i-admire-this-blogger-fadhli-hamdan.html

Has berkata...

love your blog..cute, comel, menarik, menghiburkan..=)

anyway saya suka kartun power rangers, gaban dan doraemon..mesti tunggu..(")

Siti Syazwan berkata...

sailormoon. konon2 nak selamtakan dunia dgn gaya yang cantheklah. hahah

minat doraemon gak. macam nak jadi doraemon pun ada.

minat power rangers. hahahaha. sebab colorful baju2 uniform mereka.

sekarang pon still tgk karton wlpn dah bsr..hehe. layan one piece tu karton gak ke? takkkk kan? hahahaha

NajaaAbdullah berkata...

suka sailormoon, card capture sakura, shinchan, doraemon, kluangman, usop sontorian ! :D

*cimOt* berkata...

doraemon!!komik n tv!!

Sufi Suffia berkata...

pernah tengok tomato man tak?

gadis kaca mata berkata...

sailormoon & wira bertopeng ^^

NIZA.Ati berkata...

Dashyankuro pun best~

Tanpa Nama berkata...

salam, nak tnye kt snie. betul ke keluang men nie bekas penagih dadah. hayooii, dah laa satu satu nye hero kartun malaysia. tolong jwb (:
- gadis mental -

starzgate berkata...

Dorapowoluang Man ko tuh dah mcm kungfu panda aku tgk.....

-bai-

CikguShikin berkata...

Sailormoon

Doremon

Ada saper2 pernah ter'tonton' kartun cyber6? best..citer sorang pompuan superhero pd waktu mlm tp jd lelaki pd waktu siang dan akhirnya jatuh cinta dengan rakan sekerja

Catat Ulasan

TERIMA KASIH

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...