6.11.10

Teknik Membolah Bulan.


Aku suka baca komen komen pembaca. Boleh tergelak sorang sorang. Dalam entri awal tentang hukuman semasa sekolah rendah, aku tak tahan gelak bila dapat komen macam ni:

"..cikgu aku denda suh buat2 jual cendol dlm kelas.. pusing satu kls jalan2 keliling kelas sambil ckp "cendol.. cendol..cendol" -khadijah aminah md yusoff-

Kena berlakon jual cendol??? Itu paling tak masuk akal setakat ni.

Dalam entri lepas pulak aku berkongsi teknik yang aku pakai untuk hafal buku sejarah semasa zaman MRSM. Kemudian, aku mintak pembaca untuk berkongsi teknik teknik yang mereka pakai pulak. Semuanya memang menarik. Ini antaranya:

"..contohnya hikayat bulan terbelah, saya lukis bulan dengan angkasawan pegang pisau belah bulan tu. cikgu tengok pun pecah perut. buatla komik tepi2 nota tu, best sikit." - Keretapi

"lagi satu cara saya bayangkan saya tgh bace buku yg tersangatlah best. jadi x la rase bosan sgt :D sy teruskan buat camtu sampai form 5." -gadis kl yg tak tahu jln2 di kl-

"masa dulu saya suka dengar mp3, sampai lagu pun dah siap bawak mengigau lagi, so saya amik option tu dengan create lagu untuk subjek tu. senang, masa amik spm dulu kena nyanyi pelan pelan sikit baru dpt ingat, aduyai." -NajaaAbdullah-

Korang memang kreatif. Tabik!