
Subjek yang paling aku lemah masa sekolah menengah dulu tidak lain dan tidak bukan memang subjek Sejarah. Ye lah, masa tu buku Sejarah banyak sangat teks. Aku pulak lagi suka tengok gambar daripada teks.

Aku selalu gunakan imej dan cerita untuk fahamkan sesuatu yang aku baca. Contohnya, bila aku baca ayat, 'tiga ekor ayam sedang melintas jalan', maka aku mungkin bayangkan situasi seperti di atas. Selalunya situasi aku bayangkan tu tak beberapa masuk akal sikit, baru senang nak melekat dalam otak.

Masa nak dekat SPM, aku dah tak boleh lari dari masalah lemah subjek Sejarah ni. Jadi, aku cuba gantikan kelemahan menghafal dengan kebolehan berimaginasi aku.
Ingat, tricknya di sini, lebih pelik dan tak masuk akal sesuatu imej dan cerita yang kita bayangkan, lagi senang dan lamalah kita akan ingat. Ok katakanlah aku nak hafal teks panjang macam ni:
Sultan Mahmud merancang untuk membunuh seorang portugis, Diogo Lopes de Sequeira yang ketika itu melawat melaka. Namun, Diogo mengetahui rancangan Sultan Mahmud dan berjaya melarikan diri. Orang portugis menggunakan alasan ini untuk menyerang Melaka dan akhirnya kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud pula terpaksa melarikan diri ke negeri lain akibat serangan itu.

Daripada teks yang panjang tu, aku akan reka cerita mengikut imaginasi sendiri dengan menggunakan karekter kerekter dan objek objek yang lebih senang nak ingat.

Sultan Mahmud cuba bunuh Diogo. Kenapa Diogo seekor kura kura? Hmm.. macam aku cakap tadi, lagi tak masuk akal, lagi cepat aku hafal. Kalau nak bayangkan Diogo Lopes de Sequeira sebagai 'squirrel' pun boleh. Nama pun dah lebih kurang.

Diogo berjaya melepaskan diri dan memanggil geng kura kuranya menyerang reban ayam. Akhirnya, ayam ayam terpaksa melarikan diri ke reban ayam yang lain.
Dengan teknik yang 'tak masuk akal' ni la baru aku dapat buat subjek Sejarah tu lebih menarik untuk aku baca. Kadang kadang terasa macam baca buku skrip filem pulak.
Dengan teknik yang 'tak masuk akal' ni la baru aku dapat buat subjek Sejarah tu lebih menarik untuk aku baca. Kadang kadang terasa macam baca buku skrip filem pulak.
Korang ada teknik lain yang berkesan jugak? Mungkin tips untuk persediaan terakhir? Jom kongsi dengan mereka yang nak ambil SPM nanti.
(Aku akan pilih beberapa komen menarik untuk dikongsi dalam entri seterusnya)



















44 KOMEN:
cOol gile! tak terpikir pun nak berimaginasi macam tuh!! cOmel yang last tuh!! nak jadi hang tuah jugak!! ;)
hahahXD
orang seni macam hang bole la~heheh
xde teknik nk kongsi sbb aku pun xmint sejrh..
yg bwh sekali tu sumph comel, rse nk sembelih buat kari!! :D
hehe..sy plak imagine pegi kt zaman tuh..mmg syok gile aa bc buku teks sejarah..rs mcm masuk time machine gi zaman jepun, zmn sultan mahmud..hehe
in every entry, kucing the cat memang annoying HAHA, tapi comel =.=
masa dulu saya suka dengar mp3, sampai lagu pun dah siap bawak mengigau lagi, so saya amik option tu dengan create lagu untuk subjek tu. senang, masa amik spm dulu kena nyanyi pelan pelan sikit baru dpt ingat, aduyai. HAHA
saya pulak;
selalu baca sebelum tidur. Macam awak jugak, guna imaginasi tapi imaginasi tu ada tokok tambah dan imaginasi tu terbawak-bawak sampai ke mimpi. So, bila wake up balik, still ingat ;)
Contohnya like Parameswara lari ke Temasik and bunuh Temagi. Saya imagine dan reka like Parameswara tu Puteri Gunung Ledang. Dia lari membawa diri ke Temasik dan bunuh Hang Tuah sebab hancurkan hati dia --' Err, lebih kurang lah.
(Saya buat bab Form 1 sebab saya 13) Mehehe.
hahaha ayam jugak kan jadi sultan?
Ayeem Ayam
yang penting, comel...comel sangat entry ni. haha
Mari menjadi manusia
Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!
saya suka bace novel..so bace lah buku sejarah tu cm bace novel..agap lah tu serita rekaan semate2..
hahahahahahahahaha
eh xde emoticon utk gelak2 ke????
nk gelak byk2 ni.
kucing tu comel gile nak jadik hang tuah!!!
wah... kita sama bab sejarah tu... subjek paling tak best dlm sejarah hidup. kadang-kadang, masa sekolah dulu, selalu gak pikir 'aku study sejarah ni - esok2 bila dah kerja aku guna pakai ke apa yg aku study'...
tapi yg buatkan saya minatlah sikit kat subjek tu sebabnya - cikgu dia lawaa - hehehehe.
tapi yg nak jadi citer saya dpt result bagus sejarah, sebabnya malam sebelum exm tu saya baca semahu-mahunya... dan nak dijadikan rezeki, semua yg sama baca tu keluar masa exm. huih!! apa lagi, goreng pisang lah...
tapi satu teknik saya yg saya kira org lain pun selalu buat, sediakan dua jenis buku masa studi. dari kategori berbeza. cthnya, sejarah dgn math... mula2 membaca. bila dah agak dah tak boleh masuk kepala, tukar tukar pulak buat kira-kira... sampailah dah tak boleh masuk kepala sekali lagi, tukar kpd membaca semula, gitulah gilir-gilir, gilir gilir... so, taklah bosan sgt...
hahaha! yg ni kelakar!
tp mmg betol la..
tyme sejarah je kene reke cerite yg x masok akal bru ley ingt..
yg last tu comel gile.!
naper lah x terpikir buat camni ms SPM..patot ler kena jln itik 1 klaz...huk2~
hang tuah, kamu cumel bangat seh!
haha harus lah retweet ini!
sejarah mmg subjek paling bosan...
bila time sejarah, mata mesti kat jam yg disangkut atas papan hitam..
bile2 cikgu sejarah kata tak masuk kelas sbb ade mesyuarat ke hape ke, mesti riuh sorak HOREEEYY!!!
natijahnya (haha), exam takleh jawab...
arrrgghh!!!
hahhaha...sy nk jd hang tuah jg xkre2...
hehe...fiq pn tido je masa kelas sejarah.
hahah , i baru je dpt tips dari pakar motivasi . dia ckp otak kita mmg byk igt gmbr dr word . contoh la , siapakah cikgu BM masa drjah satu ?
mesti kita igt muka kan ? tp x igt nama .
mcm tu la tp subjet sejarah nak diconvertkan jadi gmbr susah sket . kalau pandai boleh la kot !
haha..sejarah? bez pe..cte zmn2 perang dulu2, pas2 ble boring2 mse kls bley tdo, smbil mimpi lawan penjajah..bru la dpt E++ mse exm,..
dulukan... law nak hafal kan note. bio la salu nye,bse kwn2 akan pelik ngn keywords yg sy wat.. har har ^^V dlm pelik2, dorg nak tru plus tny gak kannn HAHAHAHAH
kucing itu ttp paling cute..hehe..
tips ni mmg berguna btl tuk dak2 spm..
xterpk plak nk gne care ni mse spm dlu..
tp Alhamdulillah, Sejarah eqa mse spm dlu amat baik n i like Sejarah! :)
ha! 1 more thing!bole gne tips ni tuk eqa hafal audit plak..paper audit mgu dpn :P
hahaha..diha tak suke math!! aarggghh tak suke tak suke!
Assalamualaikum tuan blog.
Baru hari ni jumpe blog yang comel ni. suka. tumpang komen ye.
suka bace n3 kt atas tu. teringat zaman sekolah dulu. form 1 & form 2 sy x suke sejarah sampai tertidur dalam kelas. form 3 dpt cikgu sejarah yg garang. x smpt2 nk lelap. satu hari saya kantoi dgn cikgu sejarah sebab berbual2 masa dia mengajar. kena kaw2 dlm kelas. mmg malu sgt2. lepas tu sy berazam nk dpt A dlm PMR sebab nk tebus rasa malu kt cikgu sejarah. subjek sejarah kena byk igt facts so sy buat mind map dgn keyword yg rasa2nya sy sorg je boleh faham kot. Alhamdulillah x sia2 usaha.
lagi satu cara saya bayangkan saya tgh bace buku yg tersangatlah best. jadi x la rase bosan sgt :D
sy teruskan buat camtu sampai form 5.
mintak maaf komen pjg sgt ;P
cool..boleh la aku study sejarah lepas ni..hak3
kucing the cat nak jadi hang tuah?
lebih kepada doremon adelah xD
dalam kelas memang saya tak pernah masuk otak ape cikgu ajar kalau sejarah. tapi since form 1 sejarah dapat 90 ke atas, hoho alhamdulillah.
satu2nya subjek yang nota saya rajin update ialah sejarah, sebab saya tak bc buku rujukan or teks mase nak periksa. banyak perkataan sgt, pening bai!
dah buat nota tu, mula la keluar kreativiti melukis, mindmap segala. contohnya hikayat bulan terbelah, saya lukis bulan dengan angkasawan pegang pisau belah bulan tu. cikgu tengok pun pecah perut. buatla komik tepi2 nota tu, best sikit.
bila dah lukis or buat mindmap, senang ingat. bila periksa kita akan ingat balik bentuk2 atau arrow2 tu, siap boleh copy balik sebijik atas kertas soalan. orang tengok sy jawab pun pelik, sebab mcm dah jawab math pulak kertas penuh tulisan, padahal sejarah je.
and and bila nak belajar sejarah, kena bercakap. sampai sakit tekak takde suara pun takpe. bila bercakap, minda active, takde ah lemau je boring nak tertido. bercakap dengan tangan, mcm bersyarah.
pastu rajin2la ulang apa yang korang da ingat tu. maksudnye, kalau ayat tu berbunyi "mak timah jongang membeli-belah di SURIA KLCC dan Pavillion dengan anaknya, halimah".
cakap balik camni;
tau tak tempat budak2 lepak, suria klcc and pavi? mak timah dengan anak dia pergi situ. jongang2 pun still nak shopping kat situ, sungguh mantop.
ulang2la ayat tu tunggang terbalik, asal maksud sama, nanti senang ingat. takdelah kita hafal ayat straight dari buku teks, tu burung gagak tua namanya. ubahlah subjek ke depan, predikat ke belakang, ayat songsang ke pasif ke. at the same time asah skill bm la gak tu kannn?
heheh, tu cara saya ah.
cara saya lbeh kurang cam en.Keretapi.. men buat ayat sdiri. pndi2la buat gaya bercerita ngan kawan2. goreng saja~ sejarah mmg x bes. maths pling bes. tp cikgu sejarah bes. cikgu maths kurang bes.. (harap2 cikgu x baca..)
Memang SIMPLE BAGUS la contengan² kat ats tu!!
*Thumbsup tuk anda.!
dulu mase STPM, cekgu sejarah slalu suruh we all buat essay setiap minggu.at least 3 essay dlm tiap topik yg dah dia ajar, syukur, I got A for my sejarah. :) no pain no gain.
ahahah.sumpahhh best! :D
wahh tahap imaginasi ko mmg tggi...
sgt kagum laahh
hihihi...
http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=husnul
nak lebih smart, patut wujudkan watak biri2! :D
thumb up...best biol lawak nie....pak cik nie pndai larr wat lwak....keep it up
buku sejarah selalu jadik tempat untuk diconteng masa boring dalam kelas. haha
saya otak matematik. kalau sejarah, saya cuba jadikan formula atau seringkas yang mungkin.
rangkap atas tu, saya akan ringkaskan seringkas2nya.
takpun buat abbreviation.
saya tak pandai lukis untuk 'pendekkan' cerita.
Ni first time saya termasuk blog nie.. terus jatuh hati dgn blog nie.. =) menarik lah cara awak bercerita dgn kartun..rasa mcm baca komik skit.hihi..
alolo. comel sgt kartun2 ni. sy pun suka lukis2 jgk. tp x pernah pun terpikir nk conteng2 utk persediaan pmr & spm dlu. rugi nya :'(
tp skrg dh amek fine art. agak ssh skt sbb imaginasi sy msh keanak-anakan :(
last part:
hang tu kucen, bukan tuah..;p
gud luck to all SPM candidates(sempat lagi ke diorang baca ni?Exam2 meng'online')
usaha+do'a+tawakkal=victory!
dulu time nk SPM pn i drew some cartoon gak utk hafal sejarah.
tapi katun dia pakai manusia la.
comey jaa.
then time exam, i remember all the cartoons that i drew, but, i forgot their characters. which 1 tok janggut? which 1 mat salleh? suma da becampur campur. haha sia sia ja melukis time tu.
so then, i still tak faham kenapa my friend minat sangat ngan sejarah. -.-"
perghh.nie bt0l2 imagine nieee
selalu wat note biology ngn gmba pelik2...easy 2 remembr n avoid from slleeeepppppyyy...heee
selalu nye akn pham kn n jdik la penglipur lara bercerita ngn kwn2..
"pd suatu hari bla bla bla.."
tp teknik nie xberkesan tuk sejarah politik malaysia..
nsib baek tym spm kuar psal mesopotamia..haha
haha..memang terbaik la..
tapi sejarah memang senang la. nak hapal pun senang. kena kreatif sket je
ni teknik aku ms subjek sejarah.
1.bkk buku teks bhgian tgh2.
2.tegakkn buku teks ats meja.
3.letakkn kepala ats meja,d sebalik buku teks.
4.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
besenye teknik ni dpt la bertahan selama 10 ke 15 mnt sblm kna baling ngan kapur/pmdm ppn itam. hihihi
rasa mcm nk culik je kucing yg berangan jd hang tuah tu...
Catat Ulasan
TERIMA KASIH