30.11.10

Papan di Kedai Gunting Rambut Uncle Muthusamy.


Masa kecik kecik dulu, bila nak gunting rambut, aku mesti kena tunggu sekejap..

Aku kena tunggu uncle tu letak papan atas kerusi sebab nak bagi tinggi sikit bila aku duduk. Setiap kali dia keluarkan papan tu, aku akan merungut, "hmmm aku tak cukup tinggi lagi.."

Aku ingatkan aku dah cukup tinggi dan besar macam orang lain, rupanya belum..

Aku benci papan itu.