22.10.10

Remot Konterol.


Sebelum pergi shopping mall, selalunya ayah akan pesan dulu, "Ingat, nanti kat shopping mall tak boleh mintak patung mainan. Ikut senyap senyap. Jangan buat hal".

Sebelum sampai shopping mall memang la kita jawab 'OK' je. Tapi bila dah sampai, lepas tu mula nampak patung Batman, Ninja Turtle, Kereta Tamiya, Robocop, LEGO, dan kereta remote control semua tersergam indah di atas rak rak seperti memanggil manggil untuk dibeli, maka proses diplomatik bermula.

Cubaan diplomatik dimulakan..."Ayah cakap tadi tak boleh patung mainan, ni kereta remot konterol bukan patung mainan.." 

Bila cubaan diplomatik gagal,

mulut mula dimuncungkan dan air mata mula berlinangan perlahan menandakan..

..taktik kotor bakal digunakan. Masa ni memang dah tak kira dah satu shopping mall tengok ke, awek comel sebelah lalu ke, asalkan dapat jugak remote control tu. 

Hmm.. memang la berjaya dapatkan jugak bila menggunakan taktik ini, tapi nanti bila balik rumah bersedialah untuk 'hadiah' yang lain pula. 

Well, no pain, no gain?