15.10.10

Pas ke Tak?


Sebelum aku mula jual buku conteng conteng, aku bagi family baca dulu sebab nak tengok 'pas' ke tak buku tu untuk dijual (adik aku je tak sempat baca sebab dia belajar kat Melaka).

Mula mula akak aku baca,

"Sukaaaaaanya font ni. Ok la ni bang (panggilan aku di rumah), berbaloi."

Pas.

Lepas tu ibu pulak,

"Jual la bang. Zaman sekarang ni kalau ada talent sikit lepas tu kreatif, insyaAllah ada rezeki. Cuba la jual."

Pas.

Sampai pula giliran ayah.

Hmm.. bila aku tunjuk buku kat ayah, aku terasa macam jadi budak kecik balik. Terasa macam budak kecik yang sangat excited sebab baru lepas lukis gambar rumah atau dinasour lepas tu bagi ayah dia tengok.

Ayah senyap je baca. Dia tengah 'meneliti' kut.

Ok sekarang aku terasa macam baru lepas bagi report card peperiksaan akhir tahun. 

Cuak gak. Suka ke tak ni? tak suka kut..

Tunggu punya tunggu, makin takut pulak aku. Lirikan mata ayah pun macam baru lepas nampak keputusan Matematik dan Bahasa Inggeris yang kurang memberangsangkan je...

Lepas habis baca, ayah bagi balik buku..lepas tu ayah cakap..
Yes! Pas!