2.9.10

RM0.50


Raya dah dekat. Aku teringat zaman dulu kalau dapat duit raya 50 sen tu dah kira bagus dah. Boleh jugak buat beli mercun. Alamak kantoi. Budak sekarang bagi seringgit pun dah merungut,

"Seringgit je? alaaa kedekuttt laaaaaaa paaaakciiiiiiiik niiiiiiiiiiiii".

Hambik kau nak jawab apa? Nak terangkan konsep bersyukur kat budak tu? Cubalah. Nanti dia terangkan balik konsep nak beli PSP kat kita.


Ok cuba kita tengok macam mana perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang bila diberi sekeping syiling bertulis '50 sen' sebagai duit raya:

Budak ZAMAN DULU bila dapat duit raya 50 sen
"50 sen? Yahhhuuuuuuuuuuu terima kasih pakcik. Boleh beli aiskrim malaysia 5 ketul. Satu untuk saya dan 4 untuk kawan kawan saya. Terasa sungguh nikmatnya raya pada tahun ini. Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!"

Budak ZAMAN SEKARANG bila dapat duit raya 50 sen
"Err...ni apa benda ni uncle?"

***
Siapa nak duit raya? Aku nak bagi duit raya. Siapa nak angkat tangan!