23.8.10

Tak Nak Kawan!


Jangan ingat budak kecik tak pandai berpolitik. Ingat tak masa kecik kecik dulu, bila kita bergaduh dengan kawan, cepat je kita muncungkan mulut dan cakap 'tak nak kawan!'. Tapi, situasi akan bertukar kalau kawan kita tu ada video game:

Aaaah aku benci Din! Dia dah rosakkan patung Robocop aku! Kita jangan kawan dengan dia dah!

Hmmm..tapi Fadhli, malam ni dia ajak datang rumah dia main video game, bapak dia baru beli..

Ye ke...kalau macam tu...

Kita KAWAN OLOK OLOK je!

Rasanya ada lagi ke istilah 'kawan olok olok' ni sekarang?