6.8.10

Kisah Kasut.


Sedangkan kasut pun ada kisahnya sendiri.

Kasut sekolah: Ini cara aku keringkan kasut sekolah dulu. Basuh seminit, kapurkan seminit, dan letak bawah peti ais untuk semalaman. Siap! (sambil tepuk tepuk tangan)

Kasut jalan: Lelaki boleh pakai kasut yang sama untuk bertahun tahun. Kasut yang sama dipakai untuk pergi kelas, dating, dan kadang kadang dalam situasi memaksa turut dipakai untuk main bola sepak. Lagi lama pakai, lagi bertambah pertalian emosi lelaki dan kasutnya. Nak tukar?.. lelaki mana ada duit. Ada 5 sen je. Tengok tu. 5 sen je. (sambil tunjuk duit 5 sen tu)

Kasut kerja: Tiap kali ayah balik kerja, kami adik beradik la tukang ambik kasut ayah dan masukkannya ke dalam almari kasut. Kadang kadang tu sampai berebut. Hmm.. kenapa sekarang kasut kerja aku tiada seorang pun yang sanggup tolong simpankannya? Kenapa? Why?

Cik X: Eleeeh lelaki memang, kasut tak pernah tukar tapi girlfriend tiap tahun tukar! nyampah!
Aku: Fitnah tu. Tak baik Cik X.