20.8.10

Cis, Binatang Punya Kucing.


Dah menjadi tabiat seekor kucing memang suka mencakar.

Kucing aku ni kadang kadang dia cakar langsir.

Kadang kadang tikar. Sampai lunyai dia kerjakan.

..Kerusi pun layan.

Tapi satu hari tu, aku baring atas lantai. Laptop pulak aku letak sebelah. Tiba tiba tekak rasa haus, aku pun pergi la dapur kejap. Bila aku balik, aku nampak kucing aku tengah sibuk depan laptop aku.

Aku ingatkan dia tengah update status facebook dia ke, tengah tengok video kucing kat youtube ke, rupa rupanya dia tengah cakar baikkkkk punya keypad laptop aku! Habis 5 huruf tercabut. Yes, sampai 5 dia cabutkan!

Terkial kial la gak aku nak pasang balik semua. Dah setengah jam camtu baru la dapat sambung balik kecuali huruf 'X' yang dah patah terus. Nasib baik la huruf 'X' tak selalu pakai, kalau la huruf 'A'...

Tengok la, dah bogel dah huruf 'X' dia kerjakan!

Hmm..kalau dia ada facebook apa agaknya dia update status dia eh..

Cis. Bedebah.