27.8.10

Akhirnya, Rahsiaku Terbongkar.


Kejadian di bawah adalah kisah benar yang terjadi kat aku dulu. Sungguh sadis. Sudah lama rahsia ini aku simpan tetapi akhirnya terbongkar jugak. Ambillah iktibar dan kongsilah dengan rakan rakan yang lain semoga kejadian ini tidak berlaku pada diri anda pula. Kisahnya macam ni:

Pada suatu hari, aku terjaga pukul 7. "Alamak, aku dah terlambat sangat ni!" jerit aku. Gelabah gila tak ingat sebab hari tu hari sekolah. Lagi setengah jam je tinggal. Apa lagi, macam lipas kudung aku pergi bersiap. Zaaasss!

Mandi cepat cepat, gosok mana yang patut, dan pakai baju sehensem yang mungkin.

Ta Daaaa...sudah siap! Rambut dah pacak, baju dah pakai, seluar dah pakai. Tai dan name tag pun dah lengkap. "Aku sudah bersedia untuk sekolah!" jerit aku lagi. Aku terus keluar bilik dan bersedia nak turun ke tingkat bawah rumah.

Tapi...belum sempat aku turun, aku terdengar riuh rendah kat tingkat bawah.. "Eh, apa hal pulak tengah tengah pagi buta ni semua boleh lepak tengok tv pulak ni?" bisik aku sendiri. Selalunya pagi pagi camni senyap je. Tapi entah kenapa hari ni semua ahli keluarga aku seperti berpakat bangun pagi pagi dan berborak depan tv. Aku pun perah otak fikir kenapa. Fikir punya fikir, tenung punya tenung, baru la aku tahu kenapa.. Belum sempat aku meneruskan langkah kaki nak turun tangga, baru aku perasan, rupa rupanya...

..aku sebenarnya tertidur petang! 

Apa lagi, dengan sepantas kilat aku naik balik dan salin baju biasa. Lepas tu aku turun dengan muka selamber seperti tiada apa yang berlaku. Nasib baik la aku tak sempat turun dengan lengkap berbaju sekolah. Kalau tak, satu rumah la gelakkan aku. Aduh, sadis beb.

Apa pula rahsia anda?