16.7.10

Rebah Sampai Nampak Bontot..


Ok entri kali ni sangat spesel. Entri terbaru ni adalah hasil kerjasama aku dan seorang blogger yang sangat berbakat, Hasrizul (nickname: Joy). Dia ni kawan baik aku sejak belajar di US lagi. Untuk lebih info tentang Joy dan blognya, baca sampai bawah. Harap harap anda semua suka. Happy weekend!

Penulis: Joy 
Pelukis: Fadhli
Aku sering mendapat perhatian dan 'pujian' sejak di bangku sekolah lagi. Kenapa?

Kerana akulah figura yang memalukan itu, yang rebah tersungkur di atas padang.

Situasi masih tidak berubah meskipun hidupku sudah beranjak ke alam universiti. Acap kali aku diajak rakan untuk beriadah, namun hampir kesemuanya aku tolak mentah-mentah.

Makan pula tak berapa jaga, kuantitinya? Fuhh.. mengalahkan puaka. 

Namun, sampai bila harus aku begini? Sampai aku membujang hingga ke tua? Sampai hospital itu menjadi rumahku yang kedua? Sampai aku mengenal apa itu kencing manis dan darah tinggi? Atau sampai aku memahami apa itu mati? Tuhan tidak akan mengubah nasib dan diri seseorang, melainkan insan itu sendiri yang mengubahnya. Aku sedar, sampai suatu masa aku harus juga mencorak hala tuju takdir hidupku.


Selamat tinggal... Obesiti.

***
NOTA: Cerita di atas adalah kisah hidup blogger SUSU SEJAT sendiri. SUSU SEJAT adalah blog tentang penjagaan kesihatan. Nak turunkan berat badan? Nak tahu pasal kiraan kalori? Nak berdiet cara yang betul? Semuanya dikupas dengan mendalam di blog SUSU SEJAT. Apa yang aku suka tentang blog SUSU SEJAT adalah cara penyampaian yang santai tetapi info yang diberi adalah sangat lengkap. Apatah lagi blog SUSU SEJAT diupdate hampir setiap hari.

Bila baca blog ni, anda akan rasa seperti sedang mendengar cakap seorang kawan yang selalu lepak minum teh sama sama yang ikhlas ingin berkongsi ilmu, dan bukannya seperti membaca web menjual produk kesihatan yang infonya seperti kebaboommmm tapi secara realiti keberkesanan produknya hanyalah kepepeesss (hampeh). conteng conteng rekomen blog ini!

Jadi lawatlah blog SUSU SEJAT sekarang.  (KLIK SINI)