8.7.10

It's Fadhli, not Fretzel.


Nama penuh aku Mohd Fadhli Hamdan. Agak agak senang tak nak ingat? senang? sabar dulu...

Masa aku belajar di US dulu, masalah yang paling biasa aku hadapi adalah masa nak perkenalkan diri. Tak sangka pula nama aku susah nak disebut mat saleh. Ini antara perbualan tipikal aku dengan mat saleh masa awal awal sampai di US dulu:

Mike: Hey I'm Mike. What's your name buddy?
Aku: oh hey I'm Fadhli.
Mike: Fadel?
Aku: It's Fadhli. Farr Durr Lee.
Mike: hmm.. Fetzel? I'm sorry, Fesslee?
Aku: It's ok Mike. Just call me Mohammad.
Mike: oh you mean like 'Mohamed' Ali, the boxer?
Aku: yeah.
Mike: COOL! Nice to meet you Mohamed.

(name tag masa kerja sambilan di cafeteria dulu)

Pengajarannya di sini, jika nama anda ada 3 huruf konsonan tersusun secara berturutan, bersedialah untuk menghadapi situasi camni ye kalau nak belajar atau duduk di luar negara tu. Jangan culture shock pula. Lidah mat saleh tak pernah rasa petai dan sambal belacan macam kita.

***
nota: kepada pembaca blog ni yang sudah, sedang, dan baru hendak belajar luar negara tahun ni (terutamanya yang nak gi RIT), selamat berjaya !


-Mohammad-