22.7.10

Do you like dogs Mohamed?


Aku percaya ramai pelajar Malaysia di luar negara akan ambil kesempatan bekerja sambilan. Ada yang kerja hujung minggu dan ada yang kerja lepas habis kelas. Sejuk angin musim salju dan gelap pekat malam diredah asalkan dapat cari duit poket lebih sikit. Kalau kerja bersihkan kawasan kolej tu boleh la dapat dalam $8 sejam (bersamaan lebih kurang RM25). Boleh la buat beli makanan tengahari.

Aku? Aku dulu pernah kerja awal pagi. Pukul 5 pagi dah bangun sebab shift kerja pukul 6 pagi  - 9 pagi.

Macam aku cakap tadi, angin sejuk memang terpaksalah diredah. Kadang kadang sejuk sangat sampai rasa nak tercabut hidung.

Hmm.. Aku suka kerja awal pagi sebab...
(macam ghostbuster tak?)

Sebenarnya aku pernah kerja shift waktu ofis. Aku tak berapa tahan sebab mat saleh ni kadang kadang suka bawak anjing pergi ofis. Bukannya aku benci ke apa, aku cuma fobia dengan anjing sebab pernah kena gigit masa kecik dulu. Apa la mat saleh ni, bawak la tupai ke, hamster ke. Kan lebih mesra?