29.7.10

Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Masuk Skim Piramid.


Semalam aku baca surat khabar 'MEGA' (sisipan Utusan). Tajuk muka depannya 'Skim Bawa Bencana'. Aku tersenyum baca isinya sebab aku pun pernah alami situasi yang sama beberapa tahun yang lepas.

Kejadian berlaku pada waktu malam. Di kedai mamak, berpuluh orang berkumpul dan di hujung meja ada abang 'bijaksana' yang memulakan cerita:


Hampir 40 minit aku membuang masa mendengar kata kata bijaksana abang itu. Tidak tahan lagi, aku buat buat ada orang call handphone aku dan aku terus bangun. Aku pergi kedai mamak lain dan minum teh sorang sorang sambil mengenang nasib aku yang tidak berani mengambil risiko seperti abang bijaksana dan askar askarnya.

***

Dua tiga tahun lepas tu aku dengar cerita 'bisnes' kumpulan ini sudah lingkup dan ramai yang sudah kehilangan beribu duit. Hmm..berapa kali mak nak pesan? usaha TANGGA kejayaan, bukan usahakan PIRAMID kejayaan...

Aku percaya ramai lagi yang ada pengalaman camni. Kongsilah.