2.7.10

Antara Kelapa Parut, Hujan, dan Seorang Ibu.


Masa kecik kecik dulu, tugas tetap aku adalah tukang pergi beli kelapa parut.
DESTINASI: Kedai runcit. 
MISI: Beli kelapa parut 'isi putih sahaja'. 
CUACA: Alamak macam nak hujan.. 
Aaahhh misi harus diselesaikan. Auntie, kelapa parut satu!
..aku cukup cuak tengok orang pakai mesin pemarut kelapa ni. Kalau la terkena tangan, tak dapat nak dibayangkan. Ok dah beli kelapa. Tapi hujan masa hari tu lebat sangat.
Dan di saat itu dia muncul. Muncul di celah lebatnya hujan. Seorang ibu yang tahu anaknya perlukan bantuan.
Kerana ibu, aku dapat pulang dengan selamat dan kering dari basah hujan. 
Terima kasih Ibu. Selamat hari jadi.