12.7.10

Ada Berani?


Buruk di mata orang mungkin indah di mata kita. Kegagalan di mata orang mungkin kejayaan di mata kita. 

Semua orang hidup dengan perspektif dan kotak fikiran yang berbeza, jadi janganlah takut nak tentukan jalan yang kita nak tuju seterusnya.

Yang penting kita mesti berani. Berani apa? Berani untuk sesuatu yang baru dan sentiasa belajar dari kesilapan. Kepada mereka yang berani pilih jalan yang jarang orang lain pilih, saya tabik hormat! Haip!